Isnin, 27 Julai 2009

Wang Zakat Selangor Bakal Menjadi Mangsa !

Baru-baru ini Tan Sri Khalid Ibrahim ada mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan meminta dana dari kutipan zakat di Selangor untuk tujuan pembangunan di Selangor. Kita berasa hairan kenapa perlu Selangor menggunakan dana dari kutipan zakat sedangkan hasil negeri Selangor adalah yang terbesar di negara kita.

Alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah kerana kerajaan pusat sudah menghentikan peruntukan kepada Unit perancaang Ekonomi Selangor. Memang benar kerajaan persekutuan menghentikan dana kepada Unit Perancang Ekonomi Selangor tetapi menyalurkan dana tersebut kepada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dibawah selian JPM. Kerajaan Persekutuan bertindak tepat dengan menyelia sendiri dana tersebut kerana kita dapat lihat dengan jelas bahawa bagaimana kerajaan PR di Selangor membalun projek-projek negeri sesama mereka.

Exco yang berkuasa pulak memberi terlalu banyak projek kepada orang mereka sahaja sehingga menimbulkan rasa tidak senang sesama mereka.Sebagai seorang bekas tokoh korporat dan sekarang menteri besar, kita mengharap Tan Sri Khalid dapat menggunakan pengalaman serta kepakaran beliau untuk mendapat pelaburan serta menjana ekonomi Selangor dengan lebih berkesan tetapi sayang sekali, beliau gagal.

Tan Sri Khalid mengambil jalan yang mudah iaitu dengan cubaan "merompak" wang zakat negeri Selangor.Kita berharap agar Mufti Selangor dan Tuanku Sultan dapat menghalang cubaan "merompak" wang zakat tersebut. Kita juga difahamkan kerajaan Selangor menerima beratus juta ringgit dari kerajaan Persekutuan setiap tahun kerana mengambil Putrajaya dari Selangor. Di mana wang itu dibelanjakan?

Bantahan Dari Masyarakat : Jangan usik wang zakat

Wang zakat sepatutnya dibelanjakan untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Islam dan bukannya untuk tujuan pentadbiran kerajaan negeri. Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, jika kerajaan negeri Selangor mengalami kesukaran dari segi kewangan untuk mentadbir, Menteri Besarnya perlu mencari alternatif kewangan selain wang zakat.

"Jangan usik zakat. Tolonglah gunakan wang itu untuk memperbaiki kehidupan orang Islam di negeri berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengemukakan cadangan supaya dana Baitulmal digunakan bagi menampung kos pentadbiran di negeri ini.

Katanya, langkah itu difikirkan perlu kerana kerajaan negeri tidak lagi menerima bantuan sebanyak RM300 hingga RM500 juta setahun dari Kerajaan Persekutuan. Hari ini, pada satu majlis di Shah Alam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pemikir ekonomi Islam termasuk dari Universiti Oxford, England berhubung cadangan menggunakan dana Baitulmal bagi menampung kos pentabdiran di Selangor.

Tambah Kamaruddin, wang zakat berasal daripada orang Islam dan seharusnya dikembalikan kepada orang Islam juga. Katanya, kerajaan negeri perlu lebih kreatif dan bijak dalam mencari sumber kewangan baru dan jangan mengambil jalan mudah. Beliau juga meminta agar zakat tidak dijadikan alat politik dengan tujuan mahu mengenakan Kerajaan Persekutuan yang kononnya tidak menyalurkan sumbangan kepada kerajaan negeri. "Selangor ini negeri kaya, semua orang tahu hakikat itu, macam mana hingga wang pentadbiran pun sudah tidak cukup.
"Jangan nanti orang lihat tindakan kerajaan negeri itu semata-mata untuk menyakitkan hati rakyat," katanya. - UM

Warna-warni politik
Torashah


2 ulasan:

Lin berkata...

salam perkenalan

terima kasih kerana menjadi follower blog saya dan sebagai tanda persahabatan saya menjadi follower blog ini dan links blog saudara dalam blog saya...

sama2 kita melawan arus PR

salam

torashah berkata...

Salam Sdr Tungaklangit...

Terima kasih kerana sudi link kan blog saudara dengan blog ini.

Salam perjuangan


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor