Khamis, 26 Februari 2009

Karpal Singh : Kamu memang Celaka!

Sikap biadap Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berlarutan di Dewan Rakyat, apabila Pengerusi DAP itu berulang kali memaki Pemuda Umno sebagai 'celaka' sebelum menarik balik perkataan itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang menuduh pergerakan berkenaan mengugutnya dengan menghantar dua peluru, juga dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda Umno supaya tidak memperlekehkannya. "Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia.

Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya."Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is King.

Sekurang-kurangnya tiga kali Karpal menyebut celaka yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum menarik balik perkataan itu selepas diarahkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.Terdahulu, tindakan Karpal menggunakan perkataan celaka dan menuduh Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya, menghangatkan Dewan apabila dibantah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), terutama yang mewakili Pemuda Umno.

Ada yang meminta Karpal menarik balik perkataan itu dan juga meminta pemimpin DAP itu mengemukakan bukti yang Pemuda Umno menghantar peluru berkenaan hingga Kiandee terpaksa menenangkan keadaan."Saya tak nak dengar lagi `celaka', sepatutnya (perkataan itu) tidak dipakai," kata Kiandee, tetapi Pengerusi DAP itu menegaskan beliau ada hak untuk bercakap dan tidak mahu diganggu sesiapa dalam perbahasannya.

"Ini perkara benar, saya tak mahu sesiapa ganggu saya... saya ada hak untuk cakap... Pemuda Umno adalah celaka," kata Karpal sebelum sekali lagi diminta oleh Timbalan Speaker supaya menarik balik perkataan berkenaan."Minta tarik balik `celaka'... saya sudah minta jangan sebut, tapi masih lagi keluar perkataan itu... itu saja," kata Kiandee sebelum Karpal akur dan memberitahu beliau tiada masalah menarik balik perkataan berkenaan.

Karpal berkata, semua laporan polis yang dibuat terhadapnya berpunca daripada kenyataannya bahawa Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah berdasarkan peruntukan Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan. "Seratus laporan polis kerana saya katakan Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah.

Tak payah laporan polis, baca Perlembagaan," katanya sambil menjelaskan kandungan Perkara 181(2) berkenaan.Dalam perbahasannya itu, Karpal turut merujuk kenyataannya sebelum ini yang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan beliau tidak mempunyai perselisihan faham dengan Ketua Pembangkang itu yang dianggap masih Ketua Pakatan Rakyat.

Torashah

Tiada ulasan:

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor