Khamis, 12 Februari 2009

BNM terbaik dunia – Stiglitz

Bank Negara Malaysia adalah bank pusat terbaik dunia kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan peranannya dalam merangka kawalan kewangan.
Selain Malaysia, bank pusat India juga disifatkan sebagai bank pusat terbaik dunia.

Pemenang Anugerah Nobel (Ekonomi), Prof. Joseph Stiglitz berkata, BNM telah berjaya membuat rangka kawalan kewangan yang sangat kukuh sehingga ia mampu melindungi sistem kewangannya dalam mengharungi krisis ekonomi global.
Beliau berkata, kejayaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu seharusnya dijadikan contoh kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah yang lain.

‘‘BNM adalah antara bank pusat terbaik dunia kerana telah melakukan tugas dan peranan dengan begitu baik sekali berbanding AS dan negara-negara Eropah. ‘‘Ini membuktikan bahawa bank pusat Malaysia mempunyai kefahaman yang baik dalam sektor perbankan,’’ katanya di luar Persidangan Peringkat Tertinggi anjuran BNM di sini hari ini. Stiglitz berkata, kejayaan BNM itu wajar dijadikan panduan teknikal kepada AS pada masa depan.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau berkata, memang tidak dapat disangkal negara-negara membangun mempunyai rangka kawalan kewangan yang sangat baik berbanding negara maju.
Bagaimanapun, beliau meramalkan ekonomi Malaysia tetap terjejas dengan ketidaktentuan ekonomi global kerana pendapatannya bergantung kepada sumber eksport.

‘‘Saya tidak menafikan Malaysia adalah satu satu contoh negara pengeksport yang berjaya di rantau ini tetapi perdagangan antarabangsa kini sedang menguncup dengan pantas berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar global. ‘‘Oleh sebab itu, ekonomi negara yang bergantung kepada eksport akan mengalami tempias krisis global,’’ ujar beliau. - UM

Komen :

Kejayaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu seharusnya dijadikan contoh kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah yang lain. Kejayaan BNM itu wajar dijadikan panduan teknikal kepada AS pada masa depan. Agak menarik juga apabila tokoh kewangan Barat menggesa Amerika dan Eropah belajar dari pengalaman Malaysia menguruskan kewangan dinegara masing-masing. Tahniah BNM....

Tiada ulasan:

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor