Selasa, 3 Februari 2009

Adakah Pilihanraya Kecil Bakal di adakan Di Selangor!

ADUN kecewa sikap MB Selangor KOTA DAMANSARA: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Pakatan Rakyat Selangor, kecewa dengan kepemimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak mempedulikan rintihan rakyat berhubung projek pembinaan pasar raya besar bersebelahan sebuah sekolah.

Malah Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum lalu bersedia mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara jika projek bersebelahan Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, di sini diteruskan.

Dr Mohd Nasir berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya selaku wakil rakyat untuk memastikan kepentingan masyarakat setempat terpelihara malah sedia berundur jika prinsip yang dipegang cuba diasak oleh pihak tertentu. “Saya kecewa dengan apa yang berlaku namun saya tidak akan lepas tangan dalam membantu penduduk bagi memastikan mereka terutama murid yang berhadapan soal keselamatan, terbela. “Kerajaan negeri perlu bertindak apabila rakyat sudah bersuara.

Penduduk mempunyai pelbagai cara untuk menyampaikan sebarang ketidakpuasan hati tapi mestilah melakukannya dengan cara yang berhemah. Namun begitu saya tidak akan terburu-buru melepaskan jawatan memandangkan banyak lagi masalah lain yang perlu diselesaikan di kawasan ini,” katanya ketika menghadiri bantahan penduduk di sini.

Terdahulu, piket secara aman diadakan hampir 300 penduduk membabitkan Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk D'Villa Avenue, D'Villa Botany, Gugusan Dedap, Bayu Damansara, Damansara Emas dan Seri Utama, Seksyen 5 untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap projek pembinaan sebuah pasar raya besar berdekatan kawasan sekolah dan perumahan.

Penduduk terbabit khuatir pembinaan pasar raya berkenaan memberi kesan negatif antaranya kesesakan lalu lintas, pencemaran bunyi dan gejala sosial di kalangan pelajar sekolah kerana kedudukannya berdekatan sekolah. Dr Mohd Nasir berkata, beliau yang sepakat dengan penduduk setempat akan terus membantu mereka bagi memastikan projek berkenaan dihentikan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, Kota Damansara, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata projek terbabit tidak sesuai dilaksanakan kerana ia berdekatan sekolah sekali gus menyebabkan kesesakan selain mengundang gejala sosial. “Tidak masuk akal sebuah pasar raya besar dibina di sebelah sekolah. Sudah tentu, murid sekolah akan menjadikannya sebagai tempat mereka berpeleseran dan ponteng sekolah. “Saya tidak faham mengapa projek ini perlu diteruskan kerana banyak perkara negatif bakal terjadi,” katanya.

Nampak sangat MB dan pentadbiran Pakatan Ranap 'tidak tahu sistem', semuanya mereka langgar dan cabul sampai perlembagaan negeri mengenai tanah di Perak pun MB dan pentadbiran Pakatan Ranap langgar dan cabul. Inilah akibatnya bila mereka memandai-mandai dan sombong tidak mahu ikut menggunakan sistem yang digunakan oleh BN, walaupun ada kekurangan dan kelemahan tetapi keberkesanan itu lebih bermakna.

Isuhot
Torashah

3 ulasan:

MANZ berkata...

salam bro,pilihanraya kecil memang akan berlaku di Selangor,tak kisah la Dr Mohd Nasir nak letak jawatan ke tidak..yang pasti Selangor akan ada pilihanraya kecil tak lama lagi,insya Allah kalau tak ada aral melintang...kita tungguuuuuu...maklumat rasmi saya salurkan kemudian.Salam Perjuangan

torashah berkata...

Salam..Manz

Terima kasih atas info itu..kita tunggulah nanti...

W/Salam

Taminsari berkata...

Salam..

Satu laporan oleh GERAK kepada SPRM yang mendakwa Menteri Besar Selangor menggunakan wang awam bagi membiayai kos penyelengaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya bernilai RM7,797.0.


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor