Sepertimana yang kita semua ketahui, Wayang Pacak sangat lah popular di tahun 70an dan semalam pada 21-2-2009 ( Sabtu ), nostalgia Wayang Pacak kembali semula ke Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan. Mungkin pada masyarakat moden sekarang terutama kanak-kanak tertanya-tanya apakah itu Wayang Pacak dan alhamdulillah semalam mereka datang beramai-ramai bersama-sama ibu dan bapa mereka sama-sama menyaksikan tayangan Wayang Pacak yang berjodol " 1957 Hati Malaya ".
Bertempat di Laman Medan Selera, Puncak Alam Fasa 3 atau lebih dikenali sebagai " The High Chaparall " bagi penduduk-penduduk setempat, seramai lebih daripada 600 orang telah datang beramai-ramai bagi menyaksikan Tayangan Khas 1957 Hati Malaya. Tayangan khas ini dianjurkan bersama oleh gabungan cawangan-cawangan UMNO iaitu UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam, UMNO Cawangan Fasa 3 dan UMNO Cawangan Apartmen Fasa 3. Turut serta adalah Biro Tatanegara dan UMNO Bahagian Kuala Selangor.
Tujuan utama program Tayangan Khas ini diadakan adalah untuk memupuk semangat jatidiri dan memberi kesedaran kepada anak-anak muda sekarang bagaimana orang-orang Melayu terdahulu yang diketuai oleh UMNO berjuang untuk menuntut kemerdekaan tanah air. Bagaimana susah dan peritnya Tunku Abdul Rahman bersama-sama pejuang kemerdekaan yang lain sehingga sanggup bergolok-bergadai semata-mata untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan British.
Adalah sangat penting bagi generasi muda Melayu masa kini bagaimana untuk mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 52 tahun merdeka agar kita semua tidak akan dijajah semula pada masa akan datang. Bagaimana hendak menghargai nilai dan isi kemerdekaan yang telah kita kecapi. Ini Tanah Melayu dan Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu harus dipertahankan.
Ingat, Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
Sebelum tayangan khas dimulakan, penonton juga disajikan dengan beberapa tayangan slide Serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Salah seorang wakil dari Pemuda UMNO juga mengambil kesempatan untuk membacakan sajak khas untuk rakyat Palestin yang tertindas.
Disamping itu kutipan derma Tabung Kemanusiaan Kanak-Kanak Palestin di Gaza diadakan bagi membantu kanak-kanak Palestin yang menderita.
Agak menarik program yang pada awalnya berjalan dengan lancar bermula dari jam 9.00 malam tiba-tiba agak terganggu seketika apabila hujan renyai-renyai turun di pertengahan tayangan. Ada yang bangun mencari tempat berteduh dan ada penonton yang terus setia menonton tanpa memperdulikan hujan yang turun. Mereka begitu asyik dan bersemangat untuk terus menonton. Setelah hujan berhenti, penonton kembali untuk terus menonton sehinggalah tayangan tamat.
Tayangan ini juga diserikan lagi dengan kedatangan YB Dato' Haji Amiruddin B. Setro. ADUN Kawasan JERAM bersama isteri dan juga AJK UMNO Bahagian Kuala Selangor.
Turut memeriahkan program apabila terdapat lebih daripada 10 peniaga makanan dan minuman membuka gerai jualan di tapak tayangan di bahagian hadapan gerai sementara Fasa 3 ini, di samping diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah dalam bentuk hamper makanan.
Tayangan tamat pada sekitar jam 11.45 malam. Dan sebelum itu Dato' Amiruddin turut dijemput untuk memberikan sedikit ucapan.
Tayangan tamat pada sekitar jam 11.45 malam. Dan sebelum itu Dato' Amiruddin turut dijemput untuk memberikan sedikit ucapan.
Dan sebagai acara penutup program, sekali lagi cabutan bertuah dibuat oleh YB Dato' Amiruddin yang menyediakan hadiah utama yang berupa sebuah basikal. Pemenang yang bertuah adalah adik Puteri Hanis dari Blok Cinta, apartmen Fasa 3.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penganjur bersama dan juga petugas-petugas yang bertungkus lumus dalam menjayakan Tayangan Khas 1957 Hati Malaya yang julung-julung kalinya diadakan di Bandar Puncak Alam. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pengerusi gerai-gerai makanan di Fasa 3 diatas kerjasama baik yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. Begitu juga dengan penderma-penderma Tabung Palestin. Terima kasih daun keladi. Tahun depan berjumpa lagi. InsyaAllah.
Wassallam.
Torashah
2 ulasan:
Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan cawangan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog. Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..
IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU
p/s : Blog anda dalam senarai link kami
Assalamualaikum buat saudara dan para sahabat kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan.
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
Demi Bangsa, Ugama dan Negara sama-sama kita berjuang dan mempertahankannya. InsyaAllah.
Hidup UMNO.Dulu,Kini,Dan Selamanya .
Salam perjuangan dari kami,
UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam,
Selangor. Darul Ehsan.
Catat Ulasan