Isnin, 3 Jun 2013

Pembangkang 'wajib' taat titah Yang di-Pertuan Agong?

Dzulkarnain Taib, Hamidzun

Pembangkang digesa menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mahu semua pihak di negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Majlis Perundingan Melayu, Shahbudin Embun berkata, pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima hakikat rakyat tidak memilih mereka untuk mentadbir negara.

“Adat demokrasi, pasti ada yang menang dan kalah. Pilihan raya sudah berlalu, sekarang masa bekerja, bukannya meraih simpati seperti dilakukan pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tuanku Abdul Halim semalam sempena ulang tahun keputeraan baginda yang disambut hari ini bertitah supaya rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum lalu yang ditentukan sendiri mereka.

Baginda bertitah, sebarang perubahan politik di negara ini perlu dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Sementara itu, Presiden Kelab Muda Wartawan Malaysia, Dzulkarnain Taib memberitahu, pembangkang yang kononnya sebelum ini mendakwa menegakkan Perlembagaan negara wajar mentaati titah baginda tersebut.

Katanya, tindakan pembangkang untuk terus mengadakan perhimpunan membantah keputusan pilihan raya umum lalu bererti mereka `menderhaka’ kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Pembangkang jangan hanya bercakap manis, konon mahu menjunjung Perlembagaan dan mempertahan undang-undang, jadi buktikanlah sekarang.

“Kalau mereka tidak taat kepada raja, mereka adalah golongan penderhaka yang tidak layak digelar warganegara Malaysia dan melanggar Rukun Negara kedua iaitu Keluhuran Perlembagaan," katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, titah berkenaan menunjukkan sultan mahu rakyat tidak lagi membangkitkan keputusan pilihan raya umum lalu dan bersama-sama berusaha membantu pembangunan negara.

Warna-warni politik
Belantan

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor