Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Isnin, 28 Januari 2013
Kesedaran baharu rakyat Selangor untuk kembali sokong BN!
Kesedaran baharu telah wujud dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat banyak masalah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada setiap peringkat dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pihaknya mendapati sokongan rakyat kepada BN semakin baik
''Ini adalah lawatan kerja yang biasa saya buat dan saya akan teruskan untuk meninjau keadaan yang ada di Selangor dan berjumpa dengan ramai rakyat dan warga Selangor.
''Pada keseluruhannya, daripada laporan yang saya terima, nampaknya sokongan rakyat kepada BN adalah baik, kita sudah tahu laporan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama kira-kira satu jam bersama para pemimpin UMNO Bahagian Sungai Besar dan UMNO Bahagian Sabak Bernam di sini.
Pertemuan tersebut diadakan dalam rangka kunjungan mesra Timbalan Perdana Menteri bersama rakyat daerah ini hari ini.
Muhyiddin ketika melahirkan keyakinan BN dapat menebus kembali kekalahan BN pada pilihan raya umum 2008 di negeri ini, bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu terlebih jangka tentang sokongan rakyat terhadap parti itu.
Beliau berkata, usaha untuk mengembalikan sokongan rakyat merupakan suatu perkara yang mencabar.
''Kita tahu mereka (rakyat) berhadapan dengan masalah, banyak perkara yang tidak dapat disempurnakan di peringkat negeri.
''Terdapat isu-isu tertentu yang tidak mahu ditangani oleh kerajaan negeri, jadi saya percaya dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Selangor lebih faham dan lebih sedar," katanya.
Tambah beliau, kesedaran itu bukan disebabkan kerana BN mempolitikkan isu tetapi banyak perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tidak mengambil kira perkara yang patut dilaksanakan.
''Saya yakin rakyat mulai sedar tentang siapa kerajaan pembangkang yang ada pada hari ini di negeri Selangor
''Di Selangor masalah air menjadi isu utama apabila Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dapat dilaksanakan.
''Kita sudah menyatakan isu air menjadi isu utama di Selangor, perkara yang tidak boleh diabaikan. Pendirian Kerajaan Pusat adalah jelas sejak dulu dan sehingga kini, kita telah melakukan segala usaha untuk membina loji rawatan tersebut," katanya.
Kepada soalan mengenai isu kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meminta Bible versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dibakar, Muhyiddin berkata, pihaknya fikir Ibrahim telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
''Pihak polis sudah tahu apa yang patut dibuat, yang penting jangan diperbesarkan. Yang penting sesiapa sahaja yang hendak membuat kenyataan mesti mengambil kira sensitiviti agama dan kaum, tidak kira Ibrahim Ali atau sesiapa sahaja," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan