Rabu, 23 Januari 2013

Budak hilang - Ganjaran RM20,000!



Ganjaran berjumlah RM20,000 akan diberi kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mencari sehingga menemui seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya di sini sejak Rabu lalu.

Tawaran tersebut dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Biro Pengaduan Awam MCA yang masing-masing menawarkan wang berjumlah RM5,000 dan selebihnya daripada Kelab Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha menjejaki kanak-kanak tersebut.

"Saya berharap orang ramai jangan menyalahkan ibu bapa kanak-kanak ini kerana apa yang penting sekarang ialah keselamatan William.

"Maka sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi kita dan ganjaran sebanyak RM20,000 akan diberi sekiranya maklumat terbabit benar hingga membawa kepada penemuan kanak-kanak itu," katanya dalam sidang akbar bersama ibu bapa kanak-kanak itu di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor