Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Isnin, 24 Oktober 2011
Himpun: Cetus kesedaran pertahan akidah!
Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) di Shah Alam Sabtu lalu adalah manifestasi kesedaran umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah tauhid daripada gejala murtad yang dilakukan oleh golongan tertentu di negara ini.
Golongan terbabit yang menjalankan misi memurtadkan umat Islam di negara ini tidak menghiraukan peruntukan Perkara 11 (4) yang melarang penganut agama lain menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.
Malah, mereka semakin berani memurtadkan umat Islam secara terang-terangan dengan berlindung di sebalik pelbagai aktiviti kebajikan.
Gerakan mereka dirancang secara profesional dan mendapat sokongan serta pembiayaan dari organisasi luar.
Justeru perhimpunan tersebut diadakan adalah untuk memberi peringatan kepada mereka yang tidak tahu menghormati sensitiviti umat Islam serta tidak mahu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Seandainya tiada peruntukan terbabit sekalipun, umat Islam masih tetap bertanggungjawab mempertahankan akidah daripada diancam oleh gerakan memurtadkan mereka.
Apatah lagi, di negara kita raja-raja Melayu bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pelindung agama Islam seperti termaktub dalam Perkara 3(2) yang menyebut raja-raja adalah ketua agama yang mempunyai kuasa atas hal ehwal Islam.
Memang gejala murtad tidak boleh diatasi dengan hanya kita berhimpun atau berdemontrasi. Ruang untuk umat Islam menjadi murtad disebabkan pelbagai cara. Malah, mengikut ajaran Islam seseorang itu boleh menjadi murtad disebabkan perkataan, amalan dan tindak-tanduknya. Itu adalah dari segi pembahasan ilmu tauhid.
Namun, perhimpunan terbabit adalah untuk memberi mesej khusus kepada golongan yang terang-terangan menjalankan gerakan memurtadkan umat Islam serta mencabar kuasa raja-raja Melayu yang bertanggungjawab memelihara agama Islam di negara ini. Ia menjadi pencetus awal ke arah membina keutuhan umat Islam untuk berhadapan dengan gerakan pemurtadan di negara ini.
Deklarasi 10 perkara yang dikeluarkan oleh perhimpunan terbabit menuntut komitmen kerajaan, ibu bapa, institusi dalam masyarakat, pertubuhan politik dan bukan politik dan seluruh umat Islam agar berusaha membendung gejala murtad serta memastikan martabat Islam tidak diganggu-gugat.
Sebilangan besar resolusi itu menuntut kerajaan bersikap lebih tegas dalam membendung gejala murtad melalui penguatkuasaan undang-undang.
Dalam soal pendidikan, resolusi kelima menuntut Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memantapkan lagi pendidikan yang berpaksikan akidah tauhid serta penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.
Peranan ibu bapa dan institusi dalam masyarakat pula terkandung dalam resolusi kelapan yang menuntut mereka mengambil tanggungjawab tegas dalam mendidik anak dengan kefahaman Islam yang syumul supaya mereka kebal daripada ancaman pemesongan akidah.
Untuk seluruh umat Islam pula, perkara kesepuluh resolusi terbabit menyeru mereka melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain kekangan yang boleh melemahkan keutuhan umat Islam. Perpaduan yang lemah di kalangan umat Islam boleh membuka ruang kepada golongan tertentu mengambil kesempatan memurtadkan umat Islam.
Tidak ada langsung unsur memprovokasi agama lain dalam deklarasi terbabit. Pihak penganjur dapat memenuhi objektif dan tujuan sebenar perhimpunan itu. Resolusi yang banyak menuntut komitmen kerajaan melindungi kedudukan agama Islam juga adalah bukti bahawa perhimpunan terbabit bebas daripada campur tangan kerajaan.
Hakikatnya, Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Islam telah menjadi unsur penting yang telah membawa transformasi yang sangat signifikan dan bermakna kepada bangsa Melayu.
Justeru, menjadi kewajiban kita untuk mempertahankan akidah umat Islam supaya agama yang bersifat 'rahmatan lil alamin' ini kekal bersinar memberikan petunjuk dan pedoman kepada umat Islam hingga ke akhir zaman.
Islam adalah hidayah yang tidak sepatutnya lenyap dari masyarakat kita kerana tanpanya kita akan kembali ke alam jahiliyah.
Warna-warni politik
Torashah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan