Isnin, 8 Jun 2009

Ulama sokong Pas, Umno tubuh kerajaan perpaduan

Kumpulan profesional pertahan pendirian tak mahu kerjasamaSHAH ALAM: Cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dalam parti itu. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan, yang juga ulama muda dalam parti itu, secara terbuka menyokong cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan BN.


"Pemuda berpendirian yang Pas boleh berbincang dengan siapa saja demi kepentingan Islam," katanya ketika membahas ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Taman Malawati, di sini, semalam. Nasaruddin berkata, Pemuda di bawah kepemimpinannya akan menjaga nama baik parti dan sama sekali tidak akan 'menconteng arang' terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib turut menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan mahu Pas membalas dengan baik walaupun berurusan dengan orang yang sudah membuat jahat seperti yang dituntut al-Quran.

Bagaimanapun, cadangan Abdul Hadi itu mendapat kritikan kumpulan profesional dalam Pas yang menyokong Pakatan Rakyat. Wakil Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dikatakan mewakili kumpulan 'Edrogan' mengecam cadangan itu kerana mendakwa kerjasama itu boleh membawa kepada perpecahan Pas. "Kononnya Umno hendak berdamai kembali dengan kita (Pas), kita perlu berwaspada dengan taktik licik mereka," katanya. Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sebaliknya berkata, Pas harus memberi keutamaan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan Parti Keadilan Rayat (PKR).

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mendesak kepemimpinan menolak sebarang hasrat untuk mewujudkan kerjasama dengan Umno dan BN. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, berkata cadangan untuk berbuat demikian perlu dikaji dengan teliti supaya pucuk kepemimpinan tidak menghantar isyarat salah kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Vincent Lee berkata, rundingan sulit antara Pas dan Umno membimbangkan penyokong masyarakat bukan Islam. "Saya amat berharap, janganlah kita melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti sehingga parti kita kembali kepada zaman gelap gelita, yang mana pengundi termasuk Melayu, Cina, India dan Siam meninggalkan Pas.

"Apa ertinya mereka menyokong satu parti yang sudah terpesong daripada perjuangan yang berlandaskan Islam sebenarnya," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti serta ahli kelab sentiasa dapat memastikan parti bergerak di landasan yang betul.

SEMENTARA ITU :

Nik Aziz tetap bertegas tolak kongsi kuasa dengan BN

MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi menunjukkan sikap tidak sehaluan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, apabila menolak sebarang kerjasama diadakan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz berkata, Pas tidak akan sesekali bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan seperti yang diilhamkan Abdul Hadi. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno adalah idea karut yang boleh merugikan Pas.

"Idea ini mengarut, orang lain tidak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," katanya dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, di sini, malam kelmarin. Abdul Hadi sebelum ini menyarankan kerajaan perpaduan diwujudkan antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bagi menyelesaikan pelbagai isu dalam negara.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu sudah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu, Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

TORASHAH : Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri memaafkan musuh-musuh perang
yang kalah dalam peperangan, inikan pula Tok Guru Nik Aziz. Takkan lah disebabkan tidak dapat naik pangkat semasa Tok Guru Nik Aziz ( yang juga ahli UMNO ketika itu) menjadi guru Tadika Kemas, membuatkan Tok Guru Nik Aziz marahkan UMNO sampai sekarang. Keras hati juga Nik Aziz ini berbanding dengan sifat Rasulullah s.a.w yang pemaaf lagi penyayang.

Warna-warni politik
Torashah

2 ulasan:

Waris Pahang berkata...

Memang betul sedangkan nabi maafkan umatnya inikan pula Nik Aziz.

Apa yang dia mahu sebenarnya, umat Islam hancur atau negara jadi padang jarak padang terkukur.

MUNGKIN DIA MAHU MENANG SORAK JE KOT DAN KAMPUNG TERGADAI

Agaknya sekarang Nik Aziz menyesal kerana tidak bertanding jawatan Presiden PAS.

torashah berkata...

Salam Sdr.Waris Pahang..

Kalau tak silap sayalah, pada suatu ketika dahulu ketika Nik Aziz masih muda trang-tang-tang beliau adalah seorang ahli UMNO. Bekerja sebagai guru Tadika ( Kemas ) di kelantan. Mungkin masa tu baru habis belajar di India ( rasa-rasanya), jadi nak demand le sikit. Tengok-tengok tak dinaikkan pangkat, lalu Pok nIk pun merajuklah...sampailah sekarang Pok Nik berdendam dengan UMeNO ( kata Pok Nik )...wallahuallam.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor