Isnin, 15 Jun 2009

Rentetan Kenyataan Yang Membidas Anwar Menyokong Kepulangan ChinPeng?

‘Sanggup gadai agama, bangsa’?

Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjual dan menggadai apa sahaja termasuk maruah agama, bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia juga jelas menunjukkan bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin yang sudah tenggelam punca apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang.
“Kalau boleh kita tafsir kenyataan itu jelas dan nyata ia adalah untuk kepentingan politik peribadinya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khasnya kaum Cina.

“Dia tahu seluruh orang Melayu menentang kemasukan Chin Peng dan tahu perasaan bekas-bekas perajurit negara, tetapi dia tetap juga buat kenyataan seumpama itu.
“Anwar adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik peribadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tahan DSAI bawah ISA – bekas perajurit

Tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah hukuman selayaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini.

Pengerusi Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP), Pegawai Waran 2 (B) Othman Ab. Majid menegaskan, provokasi Anwar itu jelas menghangatkan kembali isu tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan segera bertindak dan jangan membiarkan mana-mana individu yang sengaja cuba mengeruhkan keadaan dan meniup api persengketaan.
“Kami bekas perajurit amat terkilan dan kecil hati, isu Chin Peng sebenarnya bukan isu politik tetapi malangnya ia dipolitikkan kerana semua sedia maklum bahawa PKM pertubuhan ganas, jadi kenapa perlu diperjuangkan.

“Kemarahan kami yang pernah bertempur dengan komunis walaupun telah lama tetapi masih lagi panas dan membara, jadi apabila permintaan tidak masuk akal itu dibangkitkan semula ia seperti menyiram minyak di atas bara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lukakan hati majoriti rakyat - Khairy

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini menyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu sangat kecewa dengan tindakan Anwar yang sanggup menyakitkan hati rakyat di negara sendiri.
"Isu berkenaan amat sensitif dan begitu menyakitkan hati, ramai rakyat negara ini yang tidak boleh melupakan keganasan komunis.

"Pemuda UMNO menyelar tindakan Anwar ini. Kita perlu fikirkan kepentingan bersama, bukannya kepentingan diri sendiri," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelaksanaan Program Pemuda Masuk Bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini hari ini.

Semalam, Anwar dalam kenyataannya memberitahu, permintaan itu dianggap perlu dibenarkan dengan alasan negara sudah berdamai dengan Kerajaan China sendiri.
Menurut Khairy, apa yang dipersoalkan pada masa ini bukan isu negara sudah berdamai dengan China tetapi keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng.

"Chin Peng tak bertaubat, dia masih berpegang kepada pegangan asalnya iaitu pegangan komunisme," tegasnya. Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata, kezaliman Chin Peng menyebabkan mereka yang berjuang menentangnya ketika itu sengsara seumur hidup dan saban hari cuba melupakan kejadian ngeri itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, hasrat Anwar dan pihak lain untuk cuba memperjuangkan Chin Peng dibawa pulang hanya akan membuatkan luka rakyat negara ini berdarah kembali.
"Saya percaya yang menuntut supaya Chin Peng dibenarkan balik bukan majoriti rakyat Malaysia tetapi sebilangan kecil saja. Majoriti rakyat negara ini tak mahu Chin Peng balik," katanya.

Tambah beliau, sekiranya keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pengganas komunis dilihat kembali oleh semua pihak, sudah pasti isu begini tidak akan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pihak terutama pakatan pembangkang.

Anwar undang kemarahan rakyat - Hishammuddin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sedar tindakannya meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini bukan saja tidak disenangi malah mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, Anwar langsung tidak mengambil kira sensitiviti dan perasaan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama apabila membuat kenyataan itu.

Menurutnya, rakyat yang telah mengorbankan jiwa raga dan nyawa berdepan dengan Chin Peng amat kecewa dengan apa disebut oleh Anwar itu, yang terlalu bertentangan dengan kehendak rakyat.

Malah, tambah beliau, Anwar lupa bahawa beliau sendiri tidak akan dapat bersuara dalam sistem demokrasi di negara ini jika kegiatan Chin Peng dan anasir komunisme gagal dilumpuhkan.

"Ia (isu ini) terus menerus diperkatakan. Jelas sekali ada pihak yang mahu memutar belit kedudukan sebenar dan mahu mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi serta politik yang sempit.

"Apa yang disebutkan Anwar amat dikesali kerana beliau seolah-olah mahu kita lupa sejarah, penderitaan dan pengorbanan para anggota keselamatan serta mereka yang telah terkorban," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Semalam, Anwar dalam kenyataannya memberitahu, permintaannya itu perlu dibenarkan dengan alasan negara sudah berdamai dengan kerajaan China sendiri. Menurut Hishammuddin, beliau percaya golongan perajurit, pesara polis malah warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera cukup marah dengan kenyataan terbaru Anwar itu.

Menurutnya, sejarah kewujudan dan gerakan PKM di negara ini adalah titik hitam yang telah membawa kesengsaraan kepada semua kaum dan golongan. "PKM yang pernah cuba membawa ideologi komunis ke negara ini telah bertindak di luar batasan sehingga sanggup mengetepikan nilai kemanusiaan dalam kegiatan mereka.

"Kesannya amat memilukan dan ramai di kalangan rakyat tanpa mengira kaum telah menjadi mangsa dan dibunuh dengan kejam," katanya. Tegas Hishammuddin, PKM telah diharamkan kewujudannya dan ia tidak pernah diizinkan untuk dihidupkan semula, oleh itu dengan membuka ruang perbincangan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini sama seperti mengagung-agungkan dan meletakkannya sebaris dengan pejuang kemerdekaan.

"Golongan terdahulu sedar bahawa Chin Peng dan kegiatan komunisme tidak membawa sebarang manfaat namun kita perlu mengingatkan generasi hari ini agar berhati-hati dengan sebarang dakyah atau penyebaran maklumat yang tidak benar.

"Tindakan menyamakan komunisme di negara ini dengan komunisme yang pernah wujud di China adalah satu penyelewengan fakta. Komunisme atau PKM di negara ini tidak pernah diperakui dan ia bergerak secara haram dengan menjadikan hutan sebagai pusat operasi," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

tabuan berkata...

nuar nak alih isu jubor dia yang akan di bicarakan bulan julai..
dia juga nak alih isu kerajaan perpaduan..yang akan melemahkan PR

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor