Pemilihan AJK surau di seluruh Selangor baru-baru ini penuh dengan misteri hingga sampai ada laporan khas dan berita laporan polis oleh Kariah surau dalam Sinar Harian pada 10 Julai baru-baru ini.
Mungkin strategi politik Pakatan Rakyat Selangor untuk menguasai Masjid dan Surau melalui AJK agar pensyarah-syarah dan guru-guru agama pro-mereka dapat menjalankan propaganda mereka. Kononnya Masjid dan Surau itu adalah pusat perang saraf dan pembentuk pendapat awam.
Masjid Nurussa’adah, Cheras Baru, Masjid Nurul Ehasan, Taman medan, Masjid Jamek Batu Arang, dan beberapa Masjid dan Surau di Shah Alam mengalami proses tidak demokratik dalam pemilihan AJK Surau dan Masjid.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meletakkan orang lain dan orang luar menggantikan pilihan Mesyuarat. Lain yang dipilih Mesyuarat sebagai AJK, lain pula diletakkan sebagai AJK.
Dr Hassan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat, Infrastrucktur dan Kemudahan Awam, tidak dapat menafikan peristiwa yang berleluasa ini. Katanya dalam Sinar Harian, “Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang namun kita perlu pandang masa panjang dan tidak boleh bersandarkan pada seseorang sahaja.”
Alasan mereka adalah hanya dua AJK terpilih yang betul-betul layak. Macam mana mereka boleh tahu siapa yang layak atau tidak diperingkat bawah itu? Dalam Islam, jemaah yang pilih Imam dan bukan hanya sekadar kelayakand an kebolehan memimpin sembahyang saja. Kalau dalam sembahyang pun Imam diplilih berdasarkan demokrasi, inikan untuk setakat mengurus Masjid dan Surau? Kalaulah betul dirasakan yang terpilih tidak cukup kebolehan, bukankah MAIS dan JAIS ada program untuk melatih AJK dalam hal ehwal pengurusan Masjid dan Surau? Apakah alasan tersirat?
Satu peristiwa di Kampung Medan, Petaling Jaya memberi gambaran sebenar disebalik tindak tanduk JAIS. Kampung Medan punya dua tempat ibadah orang Islam. Dalam persefahaman antara orang PAS dan PKR, mereka bersetuju bagi dua dengan PAS kuasai satu dan PKR kuasai satu. ADUN Kampung Medan adalah dari PKR tetapi parti Pakatan Rakyat yang ada pengikut di situ adalah PAS.
Apabila pemilihan dibuat, orang-orang PAS menang di Surau/Masjid yang telah dipersetujui. Orang PAS memang ramai antara kariah jemaaah di situ. Manakala, di Masjid Nurul Ehsan, orang PKR di situ kalah dan tidak dipilih. Jemaaah di situ adalah orang-orang lama yang memilih orang-orang yang betul kariah di situ. PKR parti untuk orang liberal dan pemimpin Islam liberal macam Anwar dan Zaid Ibrahim. Mana rajin pergi masjid dan surau.
Oleh kerana Kampung Medan dahulunya memang kawasan UMNO sebelum pilihanraya umum 2008, orang-orang lama memanglah pengundi-pengundi UMNO. Tak tahulah samada mereka ahli atau aktivis UMNO. Apabila PKR kalah, mereka sebagaimana biasa merusuh dan bertindak ganas terhadap kariah setempat. AJK yang terpilih tidak diluluskan sebagai AJK oleh JAIS. Akhirnya terjadilah seperi dalam berita Sinar Harian yang mana ada laporan polis oleh Jawatankuasa Bertindak Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.
Memang kelakar PKR ini. Memang tepat makna PKR itu Persembahan Komedi Rakyat.
Dan disebalik berebut kuasa, sedar tak sedar Gereja Terbesar Di Asia sedang rancak didalam pembinaan di Bukit Jalil? Sepatutnya ini yang dihalang pembinaannya kerana melebihi 10,000 kaki persegi dan bukan nya berebut kuasa? Insaf dan fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.
Warna-warni politik
Torashah
1 ulasan:
sesiapa yang menggunakan masjid untuk propaganda memecah-belahkan umat melayu/islam ..aku doakan mereka ini dilaknat Allah swt.
Amin.
Catat Ulasan