Rabu, 3 Disember 2008

Kontrak SoSIAL Pakatan Rakyat

Apakah itu Pakatan Rakyat? Ianya adalah jalinan kerjasama politik antara DAP, PKR dan PAS. Mereka memiliki 82 kerusi di Parlimen. 40 kerusi adalah bukan Islam. Saya ulang 40 kerusi adalah bukan Islam. Manakala hanya 40 kerusi sahaja Ahli Parlimennya Islam. 2 lagi ialah Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali yang terang-terang sudah menjadi Bebas.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai Ketua. Tiada ketuaan di dalam Pakatan Rakyat. Ini jelas menyalahi prinsip keamiran di dalam Islam. Bayangkan tiada Imam di dalam Solat Berjemaah. Wujudkah Jama'ah di dalam Solah TANPA Imam.

Apakah sebenarnya pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat. PAS sebenarnya sedang BINGUNG. Manakala PKR adalah parti yang paling kecewa sekiranya Gagasan Pakatan Rakyat ini punah.

UMNO mesti jadi wira kepada semua bangsa. Bukan hanya khusus kepada bangsa Melayu. Cuma kelihatan kini UMNO sedang diperangkap oleh DAP dan PKR yang memainkan isu Ketuanan Melayu dan DEB. Meskipun demikian UMNO tiada boleh tak hiraukan isu tersebut. Ini adalah kerana ramai orang Melayu tidak memahami lagi maksud kontrak sosial.

Sebenarnya isu atau terma kontrak sosial ini mula dimainkan oleh sekumpulan bekas tahan ISA yang menubuhkan Suaram. Antara pelopornya ialah Tian Chua dan Dr. Kua. Mereka highlightkan persoalan Kontrak Sosial. Kata mereka Kontrak Sosial iaitu pertukaran Hak Kewarganegaraan kepada Bukan Melayu dan Hak Keisitimewaan Melayu itu adalah satu penipuan politik oleh UMNO kepada kaum Cina dan India. Itulah isu yang mereka mainkan.
Zaman Reformasi mereka sekali lagi berjaya mengetengahkan isu ini dengan harapan ianya menjadi isu prima. Namun mata lebam Anwar meneggelamkan kembali isu ini. Cuma setelah 10 tahun berlalu, kini mereka berjaya akhirnya meletakkan isu ini di depan mata rakyat. Akhirnya setelah penjelasan bertubi kini, orang Melayu semakin hilang keliru. Kontrak Sosial ialah asas kepada Perkongsian Kuasa telah difahami semua rakyat. Hak Keistimewaan Melayu akhirnya dihormati dan hak kewarganegaraan untuk India dan Cina diakui.

Bayangkan nasib anak Cina dan India tanpa kontrak sosial. 90% Bukan Melayu masih belum Warganegara sebelum Hari Merdeka. Sekiranya mereka terus hidup sebagai Bukan Warganegara selepas Hari Merdeka. Pastilah mereka akan dihantar pulang bersama anak-anak mereka ke Negeri Asal mereka datang.
Tetapi mereka berada di Tanah Melayu yang dipimpin oleh orang Melayu. Apakah yang pemimpin UMNO lakukan pada masa itu. Pemimpin UMNO kata, kita terima mereka sebagai WargaNegara, sebagai Sahabat dan Rakan Kita. Kita akan berkerja sama dengan semuanya.
Begitulah pemimpin UMNO yang menjuarai nasib semua kaum. Tidak hanya kepada orang Melayu. DAP hanya muncul selepas PAP diterjang keluar daripada Malaysia. Apa jasa DAP kepada negara?

PKR langsung hampas. Hanya tahu menjerit melolong. Tapi yang mereka buat hanyalah ambil rasuah. Di Selangor, PKR jadi macam capcai. PKR yang di pelopori oleh Anwar adalah untuk memecahbelahkan Melayu dan untuk melemahkan dominasi Melayu di dalam UMNO untuk tujuan membalas dendam bagi menrealisasi hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

DAP hanya berselindung disebalik parti-parti PAS dan PKR yang ketuanya terdiri daripada orang Melayu, dan menanti bilakah Melayu akan lemah selemahnya. Mereka menunggu dengan penuh harapan dan keyakinan bahawa Melayu akan lumpuh dalam masa jangkaan 10 -20 tahun atau lebih. Rakan politik DAP yang perlu dijaga adalah PKR kerana telah membuktikan kejayaan memecahan Melayu walaupun merupakan parti baru jika dibandingkan dengan PAS telah memecahkan Melayu-Islam.
Cabaran Melayu kini telah kian mencabar apabila PAS memecahkan fahaman agama Islam, diikuti dengan PKR yang memecahkan bangsa Melayu dan DAP mempertikaikan bahasa dan akhirnya Pakatan yang dinamakan "Pakatan Rakyat" ini mempertikaikan Ketuanan Melayu. Seperti satu pakej yang akhirnya akan merugikan semua orang Melayu di Malaysia yang dirancang oleh DAP secara senyap.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN telah menyatakan dengan jelas bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan. Hanya bahasa Melayu sahaja boleh digunakan dalam urusan Rasmi seperti nama papan tanda. Namun, KM Penang sedikitpun tidak tersentuh akan hal ini, maka sebenarnya itulah yang sedang diusahakannya sekarang iaitu menghapuskan satu demi satu identiti Melayu.

Targetnya sudah tentu ialah 10 dan 20 tahun akan datang, di mana ketika itu Penang sudah mampu menyisihkan bahasa Melayu, bangsa Melayu, identiti Islam orang-orang Melayu. PAP hanya memerlukan tidak sampai 10 tahun untuk melakukan semua itu di Singapura.
DAP hanya memerlukan 300 Hari sahaja untuk mengubah bahasa Melayu menjadi bahasa Murahan di Penang.

DAP hanya memerlukan tidak sampai sebulan untuk mengumumkan menghapuskan DEB dan membuka tender terbuka secara samarata. DAP tidak pandang pun adat istiadat orang Melayu ketika masuk ke Dewan Undangan Negeri Johor, Selangor, dan Perak pada hari Raja-Raja Melayu hadir ke dalam Dewan. Nampaknya orang Melayu mula sedar apabila sudah banyak NGO bangkit dari tidur. Walaupun lewat, namun suara mereka akan menyelamatkan Tanah Melayu ini daripada diDAPkan atau diSingapurakan.

Kepada Pejuang-pejuang Melayu, PEWARIS, Graduan Melayu Muda, Profesional Melayu, GAPENA, Kongres Masa Depan Melayu, Barisan Bertindak Melayu, bangunlah dan sedarkan orang-orang Melayu akan padahnya agenda DAP. Carilah penterjemah orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin, dan bacalah akhbar-akhbar dan media DAP, nescaya kamu tahu siapa DAP!

Suara Politik





























Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor