Ahad, 30 September 2012

Jet eksekutif : Tian Chua alih isu?



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terus berdolak-dalik apabila disoal berhubung isu pemimpin pembangkang menaiki jet eksekutif ke Labuan dan Sabah baru-baru ini.

Setelah tertekan dengan pelbagai soalan yang dilontarkan pemberita, Tian Chua cuba mengalih isu dengan mencabar kerajaan supaya mendedahkan maklumat tentang kos sebenar sewaan jet berkenaan.

Satu ketika Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu mendakwa pembangkang tidak menyembunyikan apa-apa tentang isu jet eksklusif tersebut tetapi apabila didesak supaya mendedahkan kos sewaan, beliau enggan.


Saya tidak ada niat untuk dedahkan perkara itu. Soal hutang sewaan RM96,000 seperti didakwa belum berbayar adalah tidak benar kerana maklumat tersebut bukan sumber yang boleh dipercayai.

Kementerian Pengangkutan ada semua maklumat tentang perkara itu dan boleh semak untuk mendapatkan fakta sebenar," katanya ketika diserbu pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Isu jet eksekutif tercetus apabila Tian Chua memuat naik gambar jet Dassault Falcon itu menerusi laman Twitternya pada 15 September lalu sebelum dipetik beberapa blog, antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Akhbar semalam pula mendedahkan, kos sewaan jet eksekutif untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpinnya berjumlah RM96,000 belum berbayar.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor