Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini melahirkan rasa kesal dan terhina dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menyamakan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, baru-baru ini.
Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kenyataan itu amat memalukan dan tidak wajar memandangkan Himpunan Sejuta Belia adalah program yang amat berfaedah kepada para belia.
"Himpunan itu adalah acara rasmi kerajaan melibatkan 220 acara bagi memberi peluang kepada golongan belia terutamanya dalam soal pembinaan kerjaya dan pembangunan modal insan.
"Menyamakan dua acara berkenaan sebenarnya bertujuan mengelirukan rakyat khususnya golongan belia agar turut menyokong perhimpunan itu pada Sabtu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sebaliknya, tambah beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan itu adalah haram dan bertujuan mendatangkan kemudaratan serta menimbulkan suasana huru-hara di ibu kota.
Sementara itu, Mohamed Maliki turut mempersoalkan tindakan Karpal Singh membuat kenyataan itu sedangkan beliau sendiri tidak terlibat dengan apa-apa program belia sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau meminta Pengerusi DAP itu agar tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati dan menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh serta menjauhi perhimpunan itu kerana negara ini mempunyai pelbagai saluran yang lebih sesuai untuk meluahkan pandangan.
Sebenarnya Karpal terkilan kerana beliau sudah tidak boleh menjadi 'belia' semula!!!
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan