1.Keputusan siasatan kematian Teoh Beng Hock kelmarin dilihat mengecewakan pihak pembangkang yang telah berusaha keras mengharapkan kes itu tidak diselesaikan supaya dapat dijadikan isu pada pilihan raya umum akan datang.
Isu kematian Beng Hock adalah sumber untuk pembangkang terus membohongi rakyat dengan berharap taktik kotor itu dapat menjatuhkan kredibiliti kerajaan. Buktinya, walaupun Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah membuat keputusan namun pembangkang masih ingin memanipulasi keputusan tersebut.
2.Pembangkang memang tidak mahu isu itu selesai sebab mereka hidup atas isu. Jika tidak ada isu mereka akan terus berasa bimbang kerana tidak boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.
3.Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.
4.Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.
5.Dulu pembangkang yang menuntut suruhanjaya ditubuhkan, tetapi apabila ditubuhkan mereka tidak mahu duduk dalam suruhanjaya dan sekarang keputusan sudah ada, mereka tidak percaya pula.
6.DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH dan tidak terus menerus mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal tersebut. Ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka. DAP jangan asyik menuding jari kepada pihak lain sebaliknya melihat kepada kesalahan diri sendiri serta dosa mereka kepada Beng Hock dan keluarganya.
7.Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?
8.DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.
9.Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.
10.Janganlah secara terus menjaja kes bunuh diri ini sebagai suatu pembunuhan kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat jelas. Rumusan suruhanjaya itu yang bersidang selama 50 hari dan mendengar serta mengumpul keterangan daripada 70 saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara sebelum ini menyatakan bahawa Beng Hock telah membunuh diri.
11.Kesimpulannya, Beng Hock membunuh diri ketika sedang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan rasuah pemimpin DAP di Selangor. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan pihak tertentu agar kepincangan mereka tidak timbul.
12.Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.
13.Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Diharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.
14.Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.
15.Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.
Warna-warni politik
Torashah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan