Isnin, 21 Februari 2011

Anwar pertahan fahaman pluralisme!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan fahaman pluralisme agama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini.

Dalam laman sosial twitter milik Ketua Pembangkang itu, beliau dilihat mempertahankan fahaman itu melalui mesej yang disampaikan kepada empat rakan twitternya.

Empat rakan twitter Anwar yang menerima mesej tersebut dan ditulis dalam bahasa Inggeris itu ialah @zahrullail, @nikabdulaziz @niknazmi dan @myberita.

Mesej itu berbunyi seperti berikut: ‘‘Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” (Berpura-pura menegur pluralisme dan menggunakan media UMNO untuk mengutuknya).’’

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam turut meminta umat Islam menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.

Najib berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.

Ujar Perdana Menteri lagi, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.

Pada 14 Disember lalu, ketika wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan, seorang pensyarah menyatakan Anwar merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang sering membawa mesej fahaman pluralisme agama.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad berkata, mesej fahaman itu disampaikan sama ada dalam bentuk tindakan mahupun ucapan.

Kata Yusri, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

Warna-warni politik
Torashah

2 ulasan:

Fakeh berkata...

Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

torashah berkata...

Salam Tuan Fakeh.

InsyaAllah saya akan cuba panjangkan perkara ini kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Terima Kasih diatas info yang berguna ini.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor