Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Isnin, 10 Januari 2011
Pertemuan bukti kerajaan BN mendahulukan rakyat!
Semuanya untuk rakyat. Pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan 105 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Perdana Suite, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam membuktikan segala janji kerajaan BN untuk rakyat adalah benar. Mengotakan setiap janji adalah satu amanah dan dalam ajaran Islam, setiap janji yang membawa kepada kebaikan mesti ditunaikan.
Menyedari itulah, Najib meluangkan masa kira-kira lima minit bagi setiap wakil rakyat berkenaan untuk menyampaikan sendiri permasalahan rakyat di kawasan masing-masing. Adalah lebih baik bagi Najib untuk mendengar sendiri permasalahan itu, berbanding ia disampaikan oleh 'orang tengah' yang kadangkala apa yang disampaikan itu tidak tepat kerana ada 'udang di sebalik batu'.
Jika disampaikan sendiri kepada Najib, sudah tentu apa yang disampaikan itu benar-benar asli, tanpa ada tokok tambah yang boleh jadi mengelirukan pihak pendengar.
Memang diakui banyak pihak pernah bercakap mengenai perkara ini, iaitu Najib tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai kawasan wakil rakyat BN.
Ada banyak faktor kenapa maklumat yang tepat tidak sampai kepada Najib. Ia mungkin kerana maklumat itu disampaikan oleh 'orang tertentu' yang mempunyai niat dan kepentingan peribadi, bercakap sekadar untuk 'menyedapkan' telinga pihak yang mendengar atau bercakap bagi melindungi sesuatu demi menjaga 'periuk nasi sendiri' walaupun terpaksa menabur 'pasir ke dalam periuk nasi orang lain'.
Sebab itulah, BN terpaksa akur dengan kehendak majoriti rakyat yang memilih pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak (selama kira-kira 11 bulan), selain terus berkuasa di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-12. Ini kerana ada wakil rakyat BN yang tidak bercakap benar apabila pucuk pimpinan tertinggi BN bertanyakan keadaan sebenar rakyat di kawasan masing- masing.
Justeru, pertemuan empat mata semalam bakal mengubah persepsi rakyat terhadap kesungguhan kerajaan BN membela nasib dan kepentingan mereka tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Ia juga membuktikan Pelan Transformasi Politik (PTP) yang dicetuskan sebelum ini bukan pelan 'angan-angan mat jenin', sebaliknya segala janji pilihan raya ditunaikan demi kepentingan rakyat.
Setiap wakil rakyat yang telah bertemu dengan Najib di PWTC semalam hendaklah pulang ke kawasan masing-masing dan sebarkan maklumat kepada rakyat bahawa masalah mereka telah sampai kepada Perdana Menteri. Jelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan BN akan berusaha dan bekerja keras demi kepentingan mereka. Ia bukan janji pilihan raya, sebaliknya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah yang prihatin kepada rakyat jelata.
Sebagai wakil rakyat juga, mereka seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk mengambil hati rakyat. Buka pintu rumah dan pejabat seluas-luasnya untuk menerima aduan rakyat tanpa mengira hari dan waktu. Bagi wakil rakyat yang tidak tinggal di kawasan mereka, pulanglah sekerap yang boleh untuk menjenguk dan bertanya khabar penduduk.
Jangan pula jadi seperti wakil rakyat pakatan pembangkang yang hobi mereka adalah menabur janji-janji kosong sekadar mengambil hati rakyat. Mereka sanggup menipu rakyat demi kepentingan parti dan peribadi. Adakah wakil rakyat BN juga mahu berkelakuan sedemikian? Tentu sekali tidak kerana ia akhirnya akan 'memakan' diri, sebagaimana yang sedang dialami oleh pakatan pembangkang sekarang. Rakyat mula menyesal kerana memilih mereka.
Justeru, inilah waktu yang sesuai untuk wakil rakyat BN menarik kembali mereka untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN.
Sejajar dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', maka inilah buah tangan BN untuk seluruh rakyat Malaysia.
Warna-warni politik
Torashah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan