Khamis, 13 Januari 2011

MB Khalid terkedu : HASAN ALI SOKONG KHUSRIN!

Pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya. Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

Tambahnya, beliau akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan. Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi. Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya. Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin. Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu. "Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.

Sementara itu : Pas Selangor mahu Shuhaimi mohon maaf kepada istana!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dinasihatkan supaya memohon maaf kepada Istana Selangor ekoran kenyataan kontroversi yang disiarkan melalui blognya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan Shuhaimi itu telah melukakan hati institusi diraja Selangor serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

“Dia (Shuhaimi) orang muda, bila dalam suasana sedemikian, dibandingkan dengan saya yang banyak uban ini, agaknya temperamental (anginnya) berbeza sedikit.

“Keduanya, kenyataan yang dibuat itu sudah tentu melukakan hati pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar khas bagi menyatakan pendirian Pas Selangor berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin di Gombak dekat sini hari ini.

Hasan yang juga Exco Selangor ketika ditanya mengakui ‘pihak berkenaan’ yang dimaksudkannya itu merujuk kepada institusi diraja Selangor.

Shuhaimi sebelum ini dibidas pelbagai pihak kerana mengkritik pelantikan Mohammed Khusrin melalui blognya dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor