Semalam Abdul Khalid terus berdolak-dalik mengenai kehadirannya ke upacara angkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor melibatkan pelantikan SUK hari ini apabila tidak mengatakan ya atau tidak bila ditanya!
Sebaliknya beliau berkata, “Anda tunggu dan lihat,” ?
Abdul Khalid turut menyatakan, kerajaan negeri memutuskan tidak akan mengadakan majlis mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar bagi Mohammed Khusrin sebagai SUK sehinggalah pindaan perlembagaan negeri berhubung perkara itu selesai dibuat.
Jelasnya, keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Exco hari ini yang mahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Sehingga ke hari ini, Khalid dilihat terus mempertikaikan penjelasan dari baginda Sultan Selangor! Kemelut pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) terus merumitkan apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertikaikan penjelasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani semalam.
Abdul Khalid menganggap, kenyataan akhbar tersebut adalah penafsiran peribadi Mohamad Munir dan ia tidak mewakili baginda termasuk penjelasan kenyataan Menteri Besar itu bahawa Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa menerima dan menolak calon Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Beliau berkata, Sultan Selangor memahami cadangan kerajaan negeri mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Perlembagaan Negeri untuk memperjelaskan lagi kuasa sultan dan Menteri Besar berhubung pelantikan SUK, Pengawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.
Semalam, dalam kenyataan akhbarnya, Mohamad Munir berkata, kenyataan Abdul Khalid pada 3 Januari lalu menyatakan Sultan Selangor berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.
Menurut Mohamad Munir, apa yang berlaku sebenarnya, nama-nama calon untuk jawatan SUK telah disembahkan kepada baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjalankan kuasa SPA Persekutuan selaras dengan kedudukan baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri.
Beliau menyatakan, baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan dan selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh SPA Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh JPA dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Jelasnya, perkara tersebut juga telah menjadi amalan di Selangor.
Abdul Khalid bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahawa pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK dibuat tanpa pengetahuannya selaku Menteri Besar.
Katanya, pelantikan itu tidak dilakukan berdasarkan manual pemilihan SUK, Pengawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang mana calon untuk jawatan itu harus dibuat oleh jawatankuasa pemilihan peringkat negeri.
Warna-warni politik
Torashah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan