Selasa, 27 Julai 2010

MB Khalid terdesak : Umum Guna RM15 juta sebar propaganda!

Mengapa tiba-tiba MB Khalid G mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta sebagai dana sebar propaganda bagi menangkis " serangan " media-media BN! Program ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan ( SSDE )baru masuk fasa pertama di 6 kawasan Parlimen Selangor, tapi MB Khalid sudah mengelabah tak tentu pasal! Kalau tak lakukan kesalahan, mengapa gelisah!

Mengapa begitu besar peruntukan digunakan untuk menangkis serangan media-media dan blogger-blogger yang Pro-BN. Alangkah baiknya wang ini digunakan untuk membantu rakyat yang tak berkemampuan yang masih lagi memerlukan perhatian dari kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk menggunakan RM15 juta wang rakyat bagi melaksanakan aktiviti penyebaran propaganda serta mengukuhkan kedudukan politik pakatan pembangkang di negeri ini.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira penggunaan wang tersebut akan membolehkan program serta keputusan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada rakyat.

Katanya, peruntukan berkenaan yang akan dimasukkan dalam bajet negeri pada tahun depan turut memberi penumpuan kepada penyebaran maklumat melalui penerbitan akhbar serta portal berita Selangor Kini mengenai aktiviti kerajaan negeri.

Selain itu tambah beliau, peruntukan itu untuk penyiaran televisyen Internet dikenali sebagai TV Selangor bagi melaporkan program serta aktiviti kerajaan negeri termasuk rancangan mewujudkan stesen radio di setiap pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita jangkakan pendapatan Selangor pada 2011 akan mencecah RM1.5 bilion. Daripada jumlah itu, kita akan memperuntukkan RM15 juta dalam Bajet Selangor 2011 untuk memberi maklumat dan mesej kepada orang ramai.

"Ini bermakna, jumlah RM15 juta dan dikira mengikut bilangan penduduk di Selangor kira-kira 5.2 juta orang maka kerajaan negeri membelanjakan RM3 untuk setiap penduduk bagi tempoh setahun.

"RM3 bukanlah jumlah yang besar, bayar TV (siaran televisyen berbayar) pun lebih daripada itu. Kita akan gunakan duit (peruntukan) ini untuk disediakan kepada Selangor Kini, TV Selangor dan kalau boleh stesen radio di PBT," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2011 di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, pihaknya juga akan melantik pegawai-pegawai penerangan bagi menjelaskan sebarang keputusan serta tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri kepada umum. Pendekatan itu ujarnya, bagi menggantikan para pegawai penerangan daripada Kerajaan Persekutuan sedia ada yang didakwanya tidak menjalankan tugas serta tidak membantu kerajaan negeri ketika ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi menyifatkan kerajaan negeri sekali lagi cuba menyalahgunakan wang rakyat untuk disalurkan bagi propaganda kerajaan negeri.

Katanya, tindakan itu tidak masuk akal kerana jumlah sebanyak RM15 juta itu adalah besar dan sepatutnya disalurkan untuk tujuan kebajikan selaras dengan slogan kerajaan negeri, 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Tegas Abdul Shukor, jika kerajaan negeri hari ini melaksanakan janji untuk kebajikan rakyat, mereka sebenarnya tidak perlu menggunakan wang rakyat bagi tujuan berkenaan kerana sudah pastinya rakyat Selangor telah merasai nikmat hasil pentadbiran pakatan pembangkang pada hari ini.

"Namun, rakyat tidak merasakan sedemikian, sebaliknya mereka tertekan dengan pentadbiran negeri. Malah, apa gunanya kerajaan negeri mempunyai pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya untuk menyebarkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, apa peranan mereka sebenarnya.

"Saya tidak nampak apa rasionalnya menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk tujuan ini. Apakah mungkin kerajaan negeri mahu menjaga kepentingan pihak tertentu?" soalnya.

Abdul Shukor tidak menolak kemungkinan keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah untuk menutup kelemahan dalam pentadbiran mereka lebih-lebih lagi melibatkan skandal perlombongan pasir yang melanda Selangor sekarang.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor