Rabu, 28 Julai 2010

Lagi kes rembat pasir di Kg. Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari!

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, mendedahkan berlaku penyelewengan yang serius dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pembayaran royalti perlombongan pasir di Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari.

Menurut Dr. Mohamad Khir, KSSB hanya membayar sebanyak RM 12, 000.00 (DUA BELAS RIBU) kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor antara Mei - Disember 2009 bagi permit melombong pasir sungai sepanjang 10 KM Sungai Selangor di mukim Sungai Tinggi - Serendah. Menurut kiraan kasar jumlah sebenar yang sepatutnya diterima oleh PTG Hulu Selangor ialah lebih RM 700 ribu.

Pada Mei 2009, KSSB membayar sebanyak RM 5, 400.00 bagi kebenaran mengeluarkan hasil pasir berjumlah 1800 meter padu di kawasan 10 KM bagi bulan Jun - Ogos 2009. Pada Ogos 2009, KSSB membayar lagi RM 3, 000.00 bagi kawasan yang sama bagi menyambung permit mengeluarkan pasir untuk 1 ribu meter padu pasir. Pada Oktober 2009 KSSB membayar sebanyak 3, 600 lagi untuk mengeluarkan 1200 meter padu pasir sehingga Disember 2009.

Namun berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh Dr. Khir, salah sebuah syarikat yang mendapat permit di situ Jendela Teguh Sdn Bhd telah membayar KSSB sebanyak RM 171, 400.00. Berdasarkan pembahagian royalti sebanyak RM 4 kepada KSSB dan RM 3 kepada PTG bagi setiap meter padu yang dikeluarkan (171, 400.00/7 x 3), PTG sepatutnya menerima tidak kurang daripada RM 73, 457.00 bagi permit pengeluaran pasir kawasan tersebut dari Jun - Disember 2009.

Yang lebih mengejutkan ialah jumlah ini merupakan untuk kawasan sepanjang 1KM yang diberikan kepada Jendela Teguh ini. Dalam masa yang sama terdapat atau 6 lagi kontraktor yang mendapat kawasan antara 1 - 2KM setiap satu bagi permit yang sama.

Jika dibuat kiraan kasar 1KM boleh menghasilkan RM 73 ribu, maka 10 KM boleh menghasilkan sekitar RM 730 ribu kepada Pejabat Tanah dan Hulu Selangor. MALANGNYA hanya RM 12, 000 yang dibayar kepada PTG Hulu Selangor.

Menurut sumber lagi, pada tahun 2010 Jendela Teguh telah membayar sebanyak RM 910, 000 kepada KSSB. Namun jumlah yang dibayar kepada PTG hanyalah RM 213, 000.00. Berdasarkan nisbah pembahagian, PTG sepatutnya menerima RM 390, 000.00.

Jumlah bayaran KKSB kepada PTG sebanyak RM 213, 000.00 merupakan jumlah keseluruhan perlombongan pasir di Kambing Susu ini. Namun jumlay yang dibayar oleh Jendela Teguh hanyalah untuk 1KM kawasan pengeluaran pasir yang peruntukkan kepadanya. Bayangkan apa yang terjadi kepada kawasan seluas 9 KM lagi. Satu sen pun tidak masuk kepada PTG. Siapa yang membahamkannya?

Penyelewengan di Kambing Susu ini sahaja sudah membabitkan jutaan ringgit. Tinjauan media massa di kawasan tersebut juga mendapati KSSB telah menutup aliran sungai dan melencongkan ke dalam lombong pasir miliknya. Ini menyebabkan semua hasil pasir sungai masuk ke dalam lombongnya. Sungai terputus dua dikerjakan KSSB.

Dalam masa yang sama tempat timbang lori hanya dilaksanakan oleh pekerja KSSB tanpa membabitkan pegawai PTG. Terdapat lori yang tidak melalui kawasan timbang kerana wujud dua jalan yang seiring, satu dengan penimbang, satu tanpa penimbang.

Ini merakyat ekonomi selangor atau merompak ekonomi selangor?

Sumber : myKMU

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

kembara putih berkata...

Dalam blog ni je UMNO riuh-rendah. Kalau betul la ada penyelewenganpasir seperti UMNO buat dulu, dah lama UMNO laporkan kepada SPRM.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor