Ahad, 25 Julai 2010

Apabila " Raja Pasir Selangor " menuduh orang lain curi pasir!















Dikatakan pula pegawai kerajaan negeri didakwa bersubahat .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei mendakwa pegawai kerajaan negeri Selangor turut bersubahat dengan pencuri pasir berikutan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menangani masalah kecurian pasir yang berleluasa di negeri itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahagian penguatkuasaan yang berkenaan juga terbabit dan tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka sehingga menyukarkan usaha membanteras kecurian serta perlombongan pasir secara haram di beberapa kawasan di negeri itu.

"Saya tidak mengatakan semua pegawai kerajaan negeri begitu, tetapi ada satu dua tempat kita telah kenal pasti dan tindakan akan diambil dengan mengubah beberapa posisi mereka supaya penguatkuasaan dilakukan lebih lancar.

"Malah dalam sesetengah kes, apabila kita terima laporan kecurian pasir dan pergi ke kawasan berkenaan untuk mengambil tindakan, didapati semua aktiviti perlombongan telah dihentikan. Ini bermakna ada maklumat bocor," katanya.

Shuhaimi yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media mengenai operasi perlombongan pasir di Selangor yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Ir. Ramli Abd. Majed dan Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor di sini hari ini.

Terdahulu, Shuhaimi bersama-sama Ramli dan Abdul Shukor membawa media meninjau kawasan dan operasi perlombongan pasir di sebuah lombong milik KSSB di kawasan mukim Tanjung 12, Kuala Langat yang didakwa terdapat kegiatan melombong secara tidak terkawal.

Ramli pada taklimat media itu menafikan kedudukan lombong tersebut akan menjejaskan ekosistem atau mencemarkan kawasan air taman berkenaan kerana pihaknya telah menyediakan zon penampan di kawasan lombong itu sejauh 110 meter.

Sebelum itu : “Dialah Raja Pasir Selangor” – Dr Khir Toyo

Tak perlu nak melaga-lagakan UMNO Selangor, baik jaga dan nilai diri sendiri dan parti sendiri. Begitulah ulasan Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo, berhubung dakwaan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sebuah laman web alternatif, konon wujudnya persaingan untuk menjadi juara ‘Isu Pasir Selangor’.

“Dialah Raja Pasir Selangor sebenarnya bersama Yaakob Sapari. Tak payahlah nak laga-lagakan saya dengan Noh Omar, kerana kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hak rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Klik di sini.

“Kita pun tahu, Shuhaimi dan Yaakob sedang disiasat SPRM, oleh itu hadapilah siasatan dan jangan cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dengan melaga-laga kami pula,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, beliau dan Noh tidak ada sebarang masalah malah akan terus bekerjasama untuk memastikan isu pasir ini serta apa sahaja isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan kerajaan Selangor didedahkan kepada rakyat Selangor.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor