Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dijangka akan menyertai UMNO minggu depan. Dan lebih menarik, hampir 100 pensyarah, cendiakawan dan guru-guru agama dari seluruh negara akan turut bersama beliau.
Sebahagian besar cendiakawan itu memiliki tahap pendidikan Doktor Falsafah atau PHD dalam pelbagai cabang ilmu Islam.Dalam erti kata lain, mereka sudah mencapai taraf ulamak. Apa yang lebih menarik, sebahagian besar daripada hampir 100 orang itu adalah individu-individu yang selama ini dilihat sebagai sangat cenderung kepada perjuangan PAS di negara ini.
Pasti timbul persoalan di hati semua mengapa Dr. Asri dan begitu ramai tokoh Islam akan menyertai UMNO secara tiba-tiba? Untuk penyokong Pakatan Rakyat, tolong jangan bagi alasan setiap mereka dibayar RM2 juta ok! Puncanya adalah amat nyata, mereka dikatakan menolak PAS kerana kecewa dengan sikap Mursyidul AM parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz ditafsir kumpulan berkenaan sebagai menghampiri kesesatan hanya kerana rakus untuk memastikan PAS dapat memegang kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Sumber memberitahu Malaysia-instinct.com bahawa tindak tanduk Nik Aziz semenjak dua ini yang semakin jauh daripada ajaran sebenar Islam menyebabkan Dr Asri dan kumpulan hampir 100 tokoh Islam itu menolak terus PAS.
"Ini pastinya satu tamparan hebat buat PAS yang selama ini menjaja cerita ia adalah pejuang Islam sejati dengan kelebihan untuk memberikan syurga kepada pengikutnya," kata sumber itu. Penyertaan Dr. Asri ke dalam UMNO juga pastinya sesuatu yang akan memeranjatkan ahli dan pemimpin PAS kerana baru minggu lalu beliau hadir ke muktamar agung tahunan PAS.
Ketika itu ramai dalam PAS beranggapan Dr Asri akan menyertai parti berkenaan. Ternyata beliau mengambil tindakan yang sebaliknya. Dr. Asri dan kumpulannya itu dijangka akan menyerahkan borang keahlian UMNO mereka selepas atau sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada minggu hadapan.
(Malaysia Instinct)
Warna-warni politik
Torashah
2 ulasan:
salam,
Dr. Asri akan jadi ahli umno?? PAS akan kecewa???? Walaupun aku bukan ahli mana2 (tapi selalu sokong pas) parti tapi aku tetap sokong Dr.Asri joint umno.
Walau aku rasa PAS akan kecewa, tapi aku tidak. Dan aku rasa tidak kecewa selagi Dr. Asri dan rakan2nya itu tidak menggadaikan Islam mereka. Contohnya, kalau judi itu haram, maka mereka tetap kata haram, tetap kata tak boleh walaupun niat untuk elakkan duit hasil judi itu jatuh ke tangan kongsi gelap dll. Jangan sekali bersekongkol dalam perkara-perkara yang menghina agama.
Dalam hal2 berkaitan dasar kerajaan yang bertentangan dalam Islam, jangan mendiamkan diri seperti bacul. Jika mereka tidak menjual maruah diri mereka, aku tak kecewa.
Yang aku nampak akan merasa risau dan bimbang adalah ahli umno itu sendiri. terutama yang berfikiran, berpendidikan sekular. Aku yakin bahawa Dr. Asri joint umno bukan sekadar menjadi pak turut. pasti mereka ada agenda untuk lebih memertabatkan Islam. Mereka pasti ingin mentarbiahkan semua ahli umno untuk ke arah Islam yang syumul, menghapuskan gejala rasuah, dsb yang negatif dalam umno dan kerajaan dan menegakkan hukum Islam di Malaysia ini.
Sudah pasti yang gentar itu adalah tokoh2 korporat dalam umno itu sendiri. kalau umno pilih ramai ulama dalam wakil rakyat dalam pilihanraya, apa yang akan jadi kepada yang bukan ulama. akan tergugatkah kerusi dan kuasa mereka? akan hilangkan atau kurangkah habuan mereka??
akhirnya, kalau sudah ramai golongan ulama yang berjuang untuk Islam sebenar dalam umno, berniat ikhlas untuk menegakkan hukum Islam, aku yakin satu ketika nanti PAS akan bubarkan parti dan joint umno juga.
Jika itu berlaku, aku tidak ragu2 untuk isi borang jadi ahli umno...
Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang tiada syak tentang kandungannya.Antara ayat yg terdapat di dalam Kitab Suci itu bermaksud" Dan apabila tiba yang Hak maka yang Bathil PASTI akan hancur/musnah". In janji Allah S.W.T dan bukan kata-kata Presiden atau Mursyihul Am PAS atau kata-kata pengarang HARAKAH. Barang siapa yang tidak yakin tentang ayat Al-Quran itu, tunggulah kehancuran mereka di dunia dan diakhirat. Itu lah sebab mengapa 100 tokoh Islam bakal menyertai UMNO. Kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO, jangan riak dan takbur. Terimalah mereka dengan penuh kesyukuran. Anjurkan majlis kesyukuran di peringkat kepimpinan tinggi. Inysa Allah kita akan diberkati Allah SWT.
Catat Ulasan