Sabtu, 6 Februari 2010

Surat tunjuk sebab kepada Syed Husin?

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mencadangkan supaya bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) diberi surat tunjuk sebab kenapa mereka tidak membubarkan parti itu seperti sepatutnya.

Bekas pemimpin PRM yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden, Sivarasa Rasiah dan Ketua Penerangan, Tian Chua.

Beliau berkata, sepatutnya PRM dibubarkan terlebih dahulu menerusi mesyuarat agung tergempar sebelum bertindak bergabung dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai PKR. "Beberapa bulan lalu, mahkamah memutuskan PRM masih wujud sebagai sebuah parti politik.
"Bekas pemimpin PRM itu perlu menerangkan kepada PKR mengapa kedudukan itu tidak diberitahu kepada pemimpin Parti Keadilan Nasional ketika hendak bergabung dahulu," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar bagi mengumumkan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun yang mendakwa beliau antara empat Ahli Parlimen PKR yang akan melompat parti di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Choo Keong berkata, bekas pemimpin PRM terbabit telah melakukan pembohongan apabila tidak mendedahkan kedudukan sebenar PRM yang tidak dibubarkan ketika menyertai Parti Keadilan Nasional pada 2004.

"Jika rakan-rakan lain yang membuat kesilapan telah dikenakan tindakan disiplin mengapa mereka yang terbabit dalam isu ini tidak boleh dikenakan tindakan yang sama," soalnya.

Agak pelik juga ya, rumah dah lama siap tetapi bunyi pahat masih lagi kedengaran!

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor