Rabu, 1 April 2009

Gaji Nizar sudah dipotong!!!

Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak wajar mengaku sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau tidak lagi menerima gaji dan elaun daripada kerajaan negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, pemberhentian bayaran gaji dan elaun itu juga dibuat ke atas semua Exco pakatan pembangkang.

"Pemotongan gaji dan elaun Mohammad Nizar serta semua Exconya telah dibuat serentak sejak peralihan kuasa pada 5 Februari lalu.

"Jadi secara tidak langsung ia menunjukkan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohammad Nizar masih mengaku sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan menerima gaji daripada kerajaan negeri bagi mengelirukan rakyat.

Pada masa sama, beliau terus menggunakan kereta rasmi Toyota Camry dan logo Menteri Besar bagi meyakinkan rakyat tentang kedudukannya itu. Bagaimanapun, pembohongan itu terbongkar apabila beliau menyatakan pekerjaannya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang, bukannya Menteri Besar dalam borang penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Mengulas tindakan Mohammad Nizar yang masih enggan memulangkan kereta rasmi itu, Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri kesal dengan sikap pemimpin tersebut. Jelas beliau, wakil rakyat pembangkang itu tidak boleh lagi menggunakan kereta milik kerajaan negeri kerana jawatannya telah terlucut secara automatik.

Katanya, dalam keadaan biasa, setiap pegawai atau kakitangan kerajaan negeri mesti memulangkan harta kerajaan selepas tidak memegang apa-apa jawatan. "Pegawai-pegawai terlibat telah menghubungi Mohammad Nizar supaya memulangkan kenderaan tersebut tetapi apa yang saya kesalkan beliau masih berdegil.

"Dalam perbincangan awal mereka kata tiada masalah untuk memulangkan kereta itu tetapi sehingga hari ini beliau masih gagal berbuat demikian. Ini satu kesalahan dan tindakan yang tidak wajar daripada seorang bekas Menteri Besar," katanya. Abdul Rahman berkata, sekiranya Mohammad Nizar terus enggan memulangkan kenderaan tersebut maka kerajaan negeri tiada pilihan untuk mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis.

"Kita sudah keluarkan notis sebanyak tiga kali kepada Mohammad Nizar. Kadi beliau kena bersedia dengan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri," katanya.

KOMEN : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua!

Torashah - UM

3 ulasan:

slyderrose berkata...

Potong gaji tak apa..jangan makan duit haram rasuah. Salahguna kuasa.Merampas kerajaan yg dipilih olih rakyat..he, he, dan paling penting jangan berbangga menyokong parti yg berpolitikkan wang dan korup. satu kapaile tu..

torashah berkata...

Buat Sdr/Sdri slyderrose...

Bagi yang gila kuasa macam Nizar sebenarnya dia tak kisah tak dapat gaji pun tak apa. Sebelum jadi MB pun Nizar dah kaya raya mentedarah banyak projek2 kerajaan ( dah banyakpun makan duit haram- cuma tak mengaku aje), Kereta mewah pun dah ada tujuh, lapan biji. Ini adalah satu contoh manusia yang lupa diri. Bak kata abang kandung Nizar sendiri, tingkahlaku Nizar bagai kacang lupakan kulit. Yang saya nak bagi tahu adalah Nizar bukan lagi MB Perak, Jadi dengan gaji yang dipotong bermakna Nizar tidak boleh lagi istiharkan dirinya MB Perak!!!!Tak payahlah nak menegakkan benang yang basah....

orang_bidor berkata...

Nizar ni macam insan yang lain juga..
sapa tak terkejut dan malu, tengah baru nak sedap jadi MB, tiba-tiba tup..tup.. kena diberhentikan. Kita pun mungkin akan bertindak lebih teruk dari dia. Sebaiknya kita kena ingat dan akur bahawa kita hanya ada usaha tetapi hasilnya ditentukan oleh Allah. Silap seketika tak apa asalkan kita semua tahu dan kenal siapa kita ini sebenarnya.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor