Ahad, 19 April 2009

Erdogan kata - Tiada lagi k'jaan campuran PAS-BN!

PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN."Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

"Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa.

Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam. Dalam mesyuarat yang sama, PAS juga mengambil keputusan untuk tetap dengan keputusan muktamar tahun lalu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Ahmad pula berkata agenda kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut. Sebaliknya, tambahnya yang juga pesuruhjaya PAS Perak, tidak ada perbincangan khusus berhubung agenda tersebut dalam mesyuarat itu.Katanya, cadangan presiden kini "hanya tinggal sebagai lontaran idea dan menjadi lipatan sejarah".

Manakala seorang lagi ahli jawatankuasanya Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu kerajaan perpaduan tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat tersebut."Tidak buat keputusan rasmi ... ia tidak timbul (lagi) selepas kepimpinan negara bertukar daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada Najib," katanya. - malaysiakini

Torashah

1 ulasan:

azlan berkata...

Awalnya memanglah saya mengalu-alukan kerajaan campuran PAS-BN, khususnya di Selangor. Tapi kalau dah PAS tak hendak, nak buat macam mana?

Yang baiknya, dapatlah mengurangkan masalah pengaggihan kerusi semasa PRU13 nanti.

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor