Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Khamis, 7 Ogos 2014
Nik Abdul Aziz bidas pemimpin PKR?
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat pelbagai tuduhan salah laku terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, tindakan pemimpin PKR itu hanya membuka keaiban seseorang dan memberikan kesan yang buruk terhadap parti tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan sekali lagi pendiriannya untuk menyokong Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
"Sebarang tuduhan sesama sendiri membawa kesan tidak baik. Tidak elok buka keaiban seseorang itu.
"Saya pegang pada pendirian berkaitan isu itu ( pertukaran Menteri Besar) dan rujuk pada kenyataan saya pertama dahulu ( menyokong Khalid) dikekalkan. Saya tidak mahu ulas lanjut, ini hal dalaman PKR," katanya ketika ditemui di kediaman beliau di sini, hari ini.
Kelmarin Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutangnya dengan sebuah bank.
Bekas Ahli Parlimen Machang itu juga mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Abdul Khalid.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Pendirian Abdul Hadi mendapat sokongan Nik Abdul Aziz yang turut mahu Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan