Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Sabtu, 14 Jun 2014
Pas tak perlu cemburu dengan kejayaan Syed Mokhtar - Syed Ali?
Pemimpin Pas tidak perlu cemburu dengan kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sehingga cuba menyerang ahli perniagaan Melayu paling berjaya itu sepanjang masa dan mereka sebaliknya patut berbangga dengan kemampuan tokoh tersebut
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin Pas kerana seolah-olah mahu membunuh kejayaan usahawan Melayu tetapi membisu seribu bahasa terhadap isu monopoli kaum Cina dalam bidang ekonomi.
"Mengapa Melayu nak bunuh Melayu? Kita sepatutnya berbangga kerana ada orang Melayu yang tersenarai sebagai salah seorang yang terkaya di Malaysia dan juga di Asia tetapi pemimpin Pas tidak begitu. Mengapa cemburu sangat dengan Syed Mokhtar?
"Patutnya mereka pertahan usahawan Melayu seperti Syed Mokhtar. Mengapa dalam soal monopoli kekayaan ekonomi oleh orang Cina tiada seorang pun pemimpin Pas yang berani bersuara," katanya menerusi blog umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan kepada Syed Mokhtar dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.
Dalam pada itu, Syed Ali menyifatkan tindakan Mahfuz dan Khalid sebagai pengkhianatan kepada orang Melayu kerana sebagai tokoh politik, sepatutnya kedua-dua pemimpin kanan Pas itu tampil dengan jiwa besar untuk mempertahan usahawan bumiputera.
"Pemimpin Pas sepatutnya memberikan idea yang baik bagaimana untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukannya mengambil tindakan sengaja mahu membunuh tokoh perniagaan Melayu seperti beliau," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan