Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Rabu, 4 Jun 2014
MB Khalid kata ego punca DAP kalah di Teluk Intan?
Sikap ego pemimpin pakatan pembangkang yang dikatakan gagal mendengar kemahuan rakyat dikatakan menjadi punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya mereka berupaya memenuhi kehendak rakyat selain membuat perancangan tepat, beliau yakin DAP mampu mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan.
"Ini adalah contoh yang baik untuk pakatan pembangkang jadikan pengajaran. Jika kita dengar kemahuan rakyat Teluk Intan dengan berhati-hati dan membuat perancangan, kita tidak akan terlepas pandang apa yang mereka mahu.
"Mungkin kita sebagai ahli Parlimen boleh cakap kepada rakyat, tetapi mungkin rakyat mahu tahu apa yang anda tahu tentang semua perkara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja), di sini hari ini.
PRK Parlimen Teluk Intan telah menyaksikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud 19,919 undi.
Abdul Khalid dalam pada itu mendakwa, DAP telah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengundi Teluk Intan menyokong mereka tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.
"Banyak pengundi luar tidak balik mengundi dan sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat juga menyebabkan rakyat memilih Barisan Nasional (BN)," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan