Ahad, 14 April 2013

PRU-13: Nik Aziz tidak larat berceramah, tidak sentuh hal Mustafa?


Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.

Nik Aziz tiba di negeri ini hari ini bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program yang sama mendakwa PRU-13 adalah yang terkotor dan mengaitkan pendedahan rakaman video seks terbaru yang didakwa melibatkan Mustafa sebagai taktik kotor UMNO.

Bagaimanapun, seperti mana kelaziman sikap pemimpin pembangkang, veteran DAP itu juga gagal menyertakan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan liarnya.-UMO

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor