Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Jumaat, 29 Jun 2012
Isu Geran Selangorku RM300 juta - Sikap MB Selangor dipersoal?
Barisan Nasional (BN) negeri menganggap tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mendedahkan sumber Geran Selangorku berjumlah RM300 juta merupakan contoh paling sesuai untuk menggambarkan betapa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengamalkan politik kotor.
Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid sehingga kini masih berdolak-dalik dalam mendedahkan sumber sebenar wang RM300 juta tersebut.
"Mereka mengaku ia adalah hutang yang dikutip namun dalam kenyataan lain, Menteri Besar sendiri mengaku dana itu tidak termasuk hutang Talam yang dikutip kerajaan negeri.
"Tiada sebarang data terperinci menjelaskan sumber kewangan RM300 juta itu. Tambah menghairankan, kelulusan sejumlah besar wang itu langsung tidak melibatkan pegawai kewangan negeri tetapi melalui beberapa individu dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, pihaknya percaya geran tersebut merupakan dana khas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang cuba disembunyikan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri.
Menurutnya, tindakan Menteri Besar mendedahkan sumber wang itu kepada Exco kerajaan negeri sahaja, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan Geran Selangorku tersebut.
"Tambah menghairankan, kenapa perlu kuasa mutlak Menteri Besar untuk menentukan kepada siapa peruntukan itu akan disalurkan jika kaedah tender terbuka diguna pakai?
"Berdasarkan maklumat dalaman, Faekah sebenarnya yang mengawal pengagihan wang itu dan perkara tersebut berlaku di luar pengetahuan Menteri Besar sendiri," katanya.
Beliau berkata, sebelum ini, persoalan yang ditimbulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai ke mana wang itu sebenarnya dibelanjakan, juga tidak dijawab dengan baik oleh Menteri Besar.
"Sehingga kini, belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai angka-angka tersebut selain hanya pengumuman yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Zin turut mencabar Abdul Khalid mengambil tindakan ke atas Faekah seperti yang dilakukan ke atas bekas Pegawai Khasnya, Yahya Sahri sebelum ini berhubung penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.
Beliau mendakwa, Faekah merupakan duri dalam daging kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu dengan contoh terbaru tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar itu memberikan surat sokongan untuk firma guaman yang mempunyai kaitan keluarganya kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB).
"Tindakan Faekah itu diakui sendiri oleh Menteri Besar malah dengan bersahaja menyatakan ia tidak menjadi kesalahan. Sedangkan Menteri Besar pernah menggantung Yahya kerana menyalahgunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk mengutip derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di negeri ini," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan