Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Khamis, 8 Disember 2011
MB Khalid janji selesai 4 hari - Rakyat tersiksa rumah tak siap, rumah sementara dilanda banjir!
Imbas kembali - Kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan masalah rumah mereka yang masih belum dibina pihak pemaju.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, S.Sugumaran, pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar pada 16 Jun lalu semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam empat hari.
"Selepas lima bulan masa berlalu namun tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil oleh mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah kami. Kita telah empat kali menghantar surat kepada Menteri Besar iaitu pada 13 Jun, 19 Ogos, 26 September dan terbaru 8 November namun masih tiada jawapan bagi surat-surat tersebut," ujarnya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di sini hari ini.
Tambahnya, pihaknya hairan mengapa Menteri Besar mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi dalam masa 30 hari boleh menarik balik arahan menghentikan kerja (stop work order) bagi pembinaan projek kondominium mewah.
Jelasnya lagi, mereka telah bertemu dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyelesaikan masalah Rumah Panjang PJS 1 yang kini menjadi rumah sementara mereka sebelum dapat menghuni Blok E yang masih terbengkalai.
"Dalam lima bulan ini sudah tiga kali banjir berlaku di rumah kami akibat penutupan longkang besar oleh pihak pemaju dan air yang bertakung selepas banjir reda menimbulkan banyak masalah kesihatan kepada penduduk setempat," katanya.
Beliau menambah, pihaknya telah bertemu dengan MBPJ bagi menyelesaikan masalah banjir namun sehingga kini masalah tersebut gagal ditangani dengan sempurna oleh mereka.
Sementara itu, kumpulan tersebut yang mahu menemui Menteri Besar menolak dari membincangkan masalah tersebut dengan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad yang hadir bertemu kumpulan tersebut di hadapan pintu pagar SUK.
Setelah didesak, Iskandar bersetuju hanya 12 orang dari kumpulan tersebut dibenarkan bertemu Menteri Besar selepas sessi Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti untuk makan tengahari kira-kira 2.00 petang.
Sugumaran yang ditemui selepas pertemuan tersebut memberitahu, Menteri Besar meminta tempoh seminggu lagi untuk perkara tersebut diselesaikan selepas mereka berbincang.
* Terima kasih Media UMNO dan UMNO-Online
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan