
Horie berkata Jepun sentiasa menjadi salah satu daripada pelabur penting kepada Malaysia, dan ketika ini terdapat kira-kira 1,400 syarikat beroperasi dalam negara.
Dagangan antara kedua-dua negara terus berkembang baik dengan jumlah dagangan tumbuh kira-kira 10 peratus kepada RM132.8 billion pada tahun 2010 berbanding 2007.
Beliau yang menggambarkan Institut Teknoloji Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hasil penting yang disemai menerusi Dasar Pandang Ke Timur berkata, MJIIT akan mula membuat pengambilan pertama September ini.
"Ia akan menjadi satu pusat kecemerlangan di Asia di mana pendidikan kejuruteraan cara Jepun akan ditampilkan di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Katanya beliau bangga dengan pelbagai kejayaan penting yang dicapai antara Jepun dan Malaysia sepanjang perkhidmatannya di sini.
"Antaranya termasuk lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jepun pada bulan April tahun lepas, yang menyaksikan pemimpin kedua-dua negara menandatangani “Pernyataan Bersama Pemimpin Jepun-Malaysia” dan “Peningkatan Perkongsian Di Alam Baru”.

Menurutnya beliau merasa tersentuh dengan ucapan takziah dan simpati yang disampaikan menerusi sesi khas Dewan Rakyat bulan lepas dan juga misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia baru-baru ini.
"Banyak yang saya pelajari sepanjang perkhidmatan saya di sini. Apabila saya kembali ke Jepun nanti, saya pasti akan beritahu rakyat supaya “Pandang Ke Barat” dan belajar dari Malaysia.
Orang berbudi, kita berbahasa..
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan