Ahad, 17 April 2011

Anwar Omega - Pelakon terhebat!


Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu, membongkar satu konspirasi dan fitnah.

Menurut RPK, beliau sebenarnya didesak oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi. Individu berkenaan mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh termasuk ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Sesungguhnya, kita tidak terkejut dengan pendedahan tersebut.



Perkembangan terbaru ini jelas memperlihatkan siapa sebenarnya dalang dalam gerakan memfitnah Perdana Menteri dan isteri. Ia merupakan satu lagi tamparan kepada Anwar yang menjaja cerita kononnya Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan Altantuya.



Majoriti rakyat yang dari awal yakin Najib dan Rosmah tidak terlibat sama sekali. Najib tidak seperti Anwar, yang takut mencari kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah. Ketika isu itu panas dimainkan oleh pembangkang, Najib bukan setakat menafikan malah melafazkan sumpah di dalam masjid di Bukit Mertajam pada Ogos 2008.

Sedangkan Anwar sehingga hari ini tidak berani bersumpah apabila diminta berbuat demikian dalam kaitan isu liwat. Ketua pembangkang itu juga enggan memberikan ujian DNA di sebalik gesaan banyak pihak yang mahu ia dilakukan bagi menegakkan kebenaran.



Apabila Anwar yang cuba mengalih isu sebenar, mencabar Perdana Menteri supaya memberikan sampel DNA (kononnya untuk dikaitkan dengan kes Altantuya), Najib menyahut cabaran itu baru-baru ini. Beliau menyatakan kesediaan dan tidak gentar menjalani ujian DNA, menyebabkan Anwar terperangkap lagi dengan muslihatnya sendiri.

Kini ketua pembangkang itu menjadi pemimpin politik yang paling tidak dipercayai dan diragui. Anwar diketahui ramai berdepan dengan isu moral yang serius terutama tabiat tertentunya. Belum pernah ada ketua pembangkang di dunia yang bermasalah seperti Anwar.

Sikap dolak dalih dalam menjawab beberapa persoalan berkaitan isu rakaman video seks melibatkan pemimpin pembangkang menyerupai beliau, menjadi petunjuk amat jelas.

Kenyataan bercanggah berhubung status interaksinya dalam Twitter pada hari kejadian dan misteri jam Omega, mengukuhkan lagi keyakinan ramai bahawa Anwar adalah pelakon dalam video tersebut. Beliau lebih banyak melenting dan bercelaru ketika ditanya soal itu oleh wartawan.

Siasatan polis telah pun mengenal pasti identiti lelaki dalam video seks itu. Sebelum ini, polis telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen.

Seandainya nanti benar, Anwar disahkan sebagai pelakon itu, apakah lagi penafian, gerakan dan kejutan yang mahu dilakukan. Percayalah, Anwar pelakon terhebat yang pernah muncul dalam pentas politik tanah air.

Beliau boleh bertindak apa sahaja asalkan dapat melepaskan dirinya. Terlalu ramai termasuk pemimpin BN dan Pas tertipu dengan hipokrasi beliau. Kita setuju dengan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, Anwar sebenarnya ‘berpenyakit’ sehingga terlalu ghairah untuk berkuasa.

Malam semalam, Anwar berlepas ke Amerika Syarikat (AS) di saat-saat terakhir penentuan pilihan raya Sarawak. Beliau sudah menjangka PKR akan kalah teruk. Itulah juga yang dilakukan dalam beberapa pilihan raya kecil di Semenanjung. Dalam amanatnya kepada jentera PKR malam semalam, Anwar mahu semua ahli setia kepada parti dan jangan tinggalkan kawasan peti undi. Anehnya, beliau sendiri menghilangkan diri.

Anwar ke luar negara lagi tanpa ditemani isterinya, yang pasti ‘melindungi’ beliau jika berbangkit apa sahaja termasuk isu moral. Sekali lagi, beliau menjadi pemimpin pembangkang yang paling banyak ke luar negara. Itu juga menjadi tanda tanya besar. Persoalannya, di AS nanti, apakah yang akan beliau lakukan dan penipuan apa lagi akan disebarkan? Tunggulah...!!!

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor