Isnin, 12 Januari 2009

Janji buat2 lupa,kereta Camry mewah boleh beli.Negeri berkebajikan apa ke benda ni?
















Sesudah 10 bulan perintah negeri Selangor, segalanya masih lagi tinggal janji. Pada 8 Januari 2009, Khalid Ibrahim menyatakan "Kita tidak buat program bantuan bagi setiap keluarga,". Kenyataan itu diberikan Khalid setelah ditanya berhubung bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid yang mengikuti pendidikan prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka semasa pilihan raya umum, Mac tahun lepas.
Pakatan Rakyat juga berjanji RM75 sebulan bagi setiap anak ke taman asuhan. Kedua-duanya tidak pun diberikan oleh Pakatan Rakyat. Di Perak, kunci TABIKA KEMAS, di Selangor mungkir janji hendak beri RM50 dan RM75 kepada anak-anak Selangor.
Khalid Ibrahim memberi alasan bantuan tersebut tidak akan disalurkan berikutan kerajaan negeri perlu berjimat cermat dan tertib dalam menguruskan kewangan ketika dunia menghadapi kelembapan ekonomi. Apakah berjimat cermat kalau luluskan projek RM100 juta untuk membuat ternakan babi di Sepang? Markas pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu pun sekarang ni bukan main mewah lagi. Poster pun sudah berkualiti. Apakah semua ini tidak guna duit rakyat juga?

Memang senang bercakap soal kebajikan dan membela rakyat, tetapi bila sudah berada di tampuk kuasa barulah terasa sukarnya melaksanakan tugas. Tidak hairanlah mengapa Ahli Parlimen Kapar dan golongan Reformis melakukan protes terhadap Khalid Ibrahim. Apa sudah jadi pada Pakatan Rakyat? PR, Pakatan Rakyat atau Pakatan Rosak? Apakah Khalid Ibrahim mahu menjadi seperti Anwar Ibrahim, sanggup diludah kalau tidak mampu laksanakan manifesto? Ibarat meludah ke langit, akhirnya kena muka sendiri.
AZRINIZAM IBRAHIM





2 ulasan:

bungaraya berkata...

Bro, diorang ingat memerintah ini sama spt makan bubur kacang. Aatau kalau payah pun macam "buat anak" je. Sekarang barulah mereka tahu apa rasanya. Berbaloitak rasanya dengan gaji tujuoh lapan ribu. Disitulah nak derma sana sini bagi membantu golongan rakyat yang sentiasa memerlukannya apabila kita berkunjong ke kawasan pilihanraya kita?
Yang eloknya mengaku sajalah. Nanti rosak negeri kamu buat. Pakatan, cukuplah tu. Kami dah bosan mestipun cuma baru 9 bulan kamu memerintah.

torashah berkata...

Salam..

Inilah yang orang Melayu kata " tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang jongkit "..tak tahu nak memerintah, disalahkan pemerintah yang terdahulu..yang jadi mangsa adalah rakyat!!!


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor