PUTRAJAYA 21 Jan. - Walaupun Kabinet memutuskan perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Herald Catholic, namun perkataan tersebut masih disiarkan akhbar mingguan itu dalam edisi terbaru minggu ini.
Ditanya perkembangan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata: ''Tindakan Herald Catholic seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang negara. ''Perbuatan ini juga boleh menimbulkan konflik serta mencetuskan kemarahan umat Islam''.
Katanya, Herald Catholic selalu agresif dan bertindak seolah-olah apa yang mereka buat adalah betul. ''Kita ada banyak persatuan di negara ini dan jangan ingat kita sahaja ada hak dan orang lain tidak ada hak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, pemangku Ketua Setiausaha KDN, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Sehubungan itu, Syed Hamid berkata, KDN akan menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.
Katanya, akhbar tersebut perlu menghormati kesucian agama lain tanpa mencetuskan ketegangan dan konflik dalam masyarakat. Menurut beliau, pihaknya cukup berlembut dalam hal itu dan menghormati agama lain.
Tambahnya, pihak berkenaan perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut. Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Ketua Paderi Kuala Lumpur untuk memohon semakan penghakiman terhadap keputusan KDN yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar itu.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan terhadap permohonan Ketua Paderi itu Februari ini. Syed Hamid berkata, adalah lebih baik perkara seperti itu tidak dilayan dan mereka yang terlibat juga perlu bertanggungjawab dengan perbuatan mereka.
''Kalau kita haramkan, dia kata kita tidak bagi kebebasan jadi kita benarkan mereka, kita harap dia ikut arahan dan undang-undang," katanya. Sementara itu katanya, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes blog menghina Nabi Muhammad SAW kepada pejabat Peguam Negara.
Katanya, sekarang terpulang kepada Peguam Negara untuk menyemak dan membuat pendakwaan.
Tambahnya, dalam kepesatan alam siber hari ini amat sukar bagi pihak berkuasa membendung penyebaran maklumat daripada Internet kerana ia disalurkan oleh pembekal perkhidmatan dari luar.
Ulasan :
Inilah akibatnya apabila Anwar dan Dewan Ulama Pas telah memberi " lampu hijau " kepada puak Kristian untuk menggunakan Bahasa Malaysia dan kalimah Allah didalam penerbitan majalah mereka. Mereka dah naik tochang!!! kerana orang Melayu Islam sendiri yang memberi sokongan kepada mereka. Selepas ini Gereja Terbesar di Asia Tenggara yang sedang dalam pembinaan bakal menjelma di Bukit Jalil...jangan terkejut bila Pas akan bertakbir di sana nanti..wallahuallam
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan