Ahad, 24 Februari 2013

Jangan menghina rakyat - Najib!




KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa terdapat pemimpin Pas tergamak memperlekeh ke tahap menghina rakyat yang menerima segala bentuk bantuan oleh kerajaan ketika parti itu tidak pula berbuat apa-apa bagi membela nasib dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini bukan sekadar tanda keprihatinan untuk menolong rakyat tetapi apa yang lebih besar daripada itu ialah bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

''Kalau tak buat apa-apa janganlah hina rakyat. Ini nak kata orang yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) macam ayam makan dedak," ujarnya.

Katanya, tidak menjadi persoalan sekiranya parti pembangkang itu untuk tidak membantu dan membela rakyat tetapi janganlah kalangan yang mahu menerima dan mengharapkan bantuan yang besar ertinya bagi mereka itu dihina sedemikian rupa.

Najib menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Lebih 20,000 orang menghadiri majlis itu. Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.

Najib menarik perhatian bahawa segala bentuk kemudahan dan bantuan yang direncanakan melalui 230 produk 1Malaysia yang telah dilaksanakan sebagai satu terjemahan bagi memenuhi hasrat dan naluri rakyat.

''Dalam al-Quran menyebut: 'Tahukah kamu orang yang berdusta kepada kamu? Orang yang herdik anak yatim dan orang yang tak bagi makan kepada orang miskin'. Ini firman Allah.

''Maknanya kalau tak tolong orang miskin dosa besar. Nabi sendiri bersabda, kalau bantu orang miskin seperti kita perjuangkan fisabilillah, maknanya tolong orang miskin itu termasuklah seperti BR1M," ujarnya.


Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor