Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Sabtu, 4 Ogos 2012
PKNS wajar digelar 'Hood Robin'?
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memang wajar diberi gelaran 'Hood Robin' kerana kini telah jauh lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu membina rumah untuk golongan miskin dan berpendapatan sederhana di Selangor.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, SD Johari Md. Yassin berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan bekas Ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim bahawa PKNS sewajarnya diberi gelaran itu kerana ia lebih berminat menjaga kepentingan orang kaya termasuk pemilik Talam Corporation Berhad (Talam).
Sehubungan itu, beliau meminta Pengurus Besar PKNS, Othman Omar memberi penjelasan tentang kewajaran perbadanan berkenaan mengambil alih hutang Talam.
"Soalan pokok sekarang adalah mengapa Othman dan PKNS tukar peranan daripada membina rumah untuk rakyat miskin dan sederhana kepada mengambil alih hutang orang kaya seperti Tan Sri Chan Ah Chai (Pengerusi Talam) dan Talam," katanya di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan keputusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelanjakan RM500,000 bagi membayar sebuah firma audit antarabangsa untuk menjalankan laporan audit bagi menerangkan proses pengambilalihan hutang Talam sebagai satu pembaziran.
Tegasnya, wang itu sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah seperti membantu rakyat miskin di negeri itu.
"Wang sebanyak RM500,000 itu lebih baik digunakan untuk mengambil alih hutang orang miskin dan golongan berpendapatan sederhana.
"Tindakan itu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan dana tersebut bagi membayar sebuah firma audit antarabangsa yang sudah tentu kaya-raya," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin mengumumkan kesediaan Kerajaan PKR Selangor membelanjakan dana sebanyak RM500,000 semata-mata untuk 'memudahkan' rakyat negeri itu memahami isu pengambilalihan hutang Talam sebanyak RM392 juta oleh PKNS.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan