Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Jumaat, 24 Ogos 2012
Surat Pemimpin Cawangan Pas kepada Nasharudin!
Berikut adalah sedutan petikan surat seorang pimpinan cawangan Pas kepada Nasharudin Mat Isa seperti yang disiarkan di Facebook Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Sabtu lalu.
Assalamualaikum,Ke hadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah SWT.
Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz.
Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.
Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah.
Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.
Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan Pas di negeri Melaka.
Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kira sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.
Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli Pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti.
Susah senang saya tanggung didokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan. Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehinggalah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat, namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.
Antaranya, apabila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB (Datuk) Dr. Hasan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.
Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr. Hasan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita? Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan Pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr. Hasan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pula berlaku.
Betapa lemahnya iman kita dalam mempertahankan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.
Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba-Mu ini untuk menghadap-Mu nanti.
Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi Pemuda Pas, berasa malu akan tindakan ketuanya itu.
Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.
Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini, selepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir.
Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun sayalah yang sering memujuk mereka untuk bersabar.
Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.
Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini.
Percayalah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam Pas semakin kelam dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.
Sehingga ini sahaja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum.
Warna-warni politik
Torashah
Ahad, 12 Ogos 2012
Noh bidas tindakan Abdul Khalid sering salahkan pihak lain mengenai isu di Selangor!
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar membidas tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa sering menyalahkan pihak lain berhubung isu yang berlaku di negeri itu termasuk isu membabitkan Universiti Selangor (Unisel).
Beliau berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan BN kerana universiti itu sebelum ini tidak pernah mengalami masalah sepanjang berada di bawah pentadbiran BN.
Sepatutnya kerajaan Selangor salahkan diri kerana gagal membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan mereka sepatutnya menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab.
Mereka boleh pula biayai kos guaman kes mahkamah membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan pengarah strategik Parti Keadilan Selangor (PKR) Rafizi Ramli menggunakan duit rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Maal Kacau Dodol" anjuran Badan Amal Selangor (Kasih) dan Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak Malaysia) di Puncak Alam di sini hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut membidas kenyataan Abdul Khalid sebelum ini bahawa 44 buah asrama Unisel yang dibina oleh JNSB tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF) dan menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Warna-warni Politik
Torashah
Sabtu, 4 Ogos 2012
PKNS wajar digelar 'Hood Robin'?
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memang wajar diberi gelaran 'Hood Robin' kerana kini telah jauh lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu membina rumah untuk golongan miskin dan berpendapatan sederhana di Selangor.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, SD Johari Md. Yassin berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan bekas Ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim bahawa PKNS sewajarnya diberi gelaran itu kerana ia lebih berminat menjaga kepentingan orang kaya termasuk pemilik Talam Corporation Berhad (Talam).
Sehubungan itu, beliau meminta Pengurus Besar PKNS, Othman Omar memberi penjelasan tentang kewajaran perbadanan berkenaan mengambil alih hutang Talam.
"Soalan pokok sekarang adalah mengapa Othman dan PKNS tukar peranan daripada membina rumah untuk rakyat miskin dan sederhana kepada mengambil alih hutang orang kaya seperti Tan Sri Chan Ah Chai (Pengerusi Talam) dan Talam," katanya di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan keputusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelanjakan RM500,000 bagi membayar sebuah firma audit antarabangsa untuk menjalankan laporan audit bagi menerangkan proses pengambilalihan hutang Talam sebagai satu pembaziran.
Tegasnya, wang itu sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah seperti membantu rakyat miskin di negeri itu.
"Wang sebanyak RM500,000 itu lebih baik digunakan untuk mengambil alih hutang orang miskin dan golongan berpendapatan sederhana.
"Tindakan itu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan dana tersebut bagi membayar sebuah firma audit antarabangsa yang sudah tentu kaya-raya," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin mengumumkan kesediaan Kerajaan PKR Selangor membelanjakan dana sebanyak RM500,000 semata-mata untuk 'memudahkan' rakyat negeri itu memahami isu pengambilalihan hutang Talam sebanyak RM392 juta oleh PKNS.
Warna-warni politik
Torashah
Khamis, 2 Ogos 2012
'Masjid bukan pentas politik'?
Seramai 50 orang berhimpun secara aman di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba membawa pengaruh politik ke dalam masjid-masjid di negeri ini.
Mereka terdiri daripada wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Jalur Tiga (Jati), Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).
Mereka yang mula berkumpul kira-kira pukul 10.30 pagi dan bersurai kira-kira sejam kemudian hadir dengan membawa pelbagai sepanduk yang antaranya tertulis perkataan 'Exco agama gagal', 'Bersihkan masjid daripada pengaruh politik' serta 'Tuanku Sultan payung rakyat'.
Memorandum yang ditandatangani oleh setiap wakil NGO berkenaan turut diserahkan dan ia diterima oleh Pemangku Timbalan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad.
Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, masjid tidak seharusnya dijadikan pentas politik kerana ia sebenarnya berperanan untuk menyatukan umat Islam di negara ini.
"Dengan pengaruh politik seperti ini, ia dibimbangi akan memecah-belahkan komuniti di dalam kariah surau berkenaan. Untuk itu, sebagai agensi yang diberi kuasa untuk melaksanakan syiar Islam, JAIS perlu lebih serius membuat pemantauan bagi melaksanakan syiar Islam supaya masjid-masjid di negeri ini bebas daripada unsur politik," katanya kepada pemberita di sini.
Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahaya; Setiausaha Agung Jati, Norman Toha; Pesuruhjaya Tibai Selangor dan Wilayah Persekutuan, Wan Indera Putra Ahmad dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri.
Hamidzun berkata, desakan mereka itu sejajar dengan ingatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang beberapa kali bertitah agar masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan sebagai tempat berpolitik.
Beliau berkata, semasa bertitah pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Negeri pada 23 Julai lalu, baginda sekali lagi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan perkara tersebut.
"Justeru, kami menggesa supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba membawa pengaruh politik ke dalam masjid.
"Kami sendiri ada menerima beberapa aduan daripada sesetengah pihak tentang wujudnya usaha membawa pengaruh politik ke masjid termasuk menjemput ahli politik yang tidak bertauliah untuk menyampaikan tazkirah di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catatan (Atom)