Jumaat, 29 Jun 2012

Isu Geran Selangorku RM300 juta - Sikap MB Selangor dipersoal?



Barisan Nasional (BN) negeri menganggap tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mendedahkan sumber Geran Selangorku berjumlah RM300 juta merupakan contoh paling sesuai untuk menggambarkan betapa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengamalkan politik kotor.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid sehingga kini masih berdolak-dalik dalam mendedahkan sumber sebenar wang RM300 juta tersebut.

"Mereka mengaku ia adalah hutang yang dikutip namun dalam kenyataan lain, Menteri Besar sendiri mengaku dana itu tidak termasuk hutang Talam yang dikutip kerajaan negeri.

"Tiada sebarang data terperinci menjelaskan sumber kewangan RM300 juta itu. Tambah menghairankan, kelulusan sejumlah besar wang itu langsung tidak melibatkan pegawai kewangan negeri tetapi melalui beberapa individu dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, pihaknya percaya geran tersebut merupakan dana khas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang cuba disembunyikan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri.


Menurutnya, tindakan Menteri Besar mendedahkan sumber wang itu kepada Exco kerajaan negeri sahaja, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan Geran Selangorku tersebut.

"Tambah menghairankan, kenapa perlu kuasa mutlak Menteri Besar untuk menentukan kepada siapa peruntukan itu akan disalurkan jika kaedah tender terbuka diguna pakai?

"Berdasarkan maklumat dalaman, Faekah sebenarnya yang mengawal pengagihan wang itu dan perkara tersebut berlaku di luar pengetahuan Menteri Besar sendiri," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini, persoalan yang ditimbulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai ke mana wang itu sebenarnya dibelanjakan, juga tidak dijawab dengan baik oleh Menteri Besar.

"Sehingga kini, belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai angka-angka tersebut selain hanya pengumuman yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Zin turut mencabar Abdul Khalid mengambil tindakan ke atas Faekah seperti yang dilakukan ke atas bekas Pegawai Khasnya, Yahya Sahri sebelum ini berhubung penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.

Beliau mendakwa, Faekah merupakan duri dalam daging kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu dengan contoh terbaru tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar itu memberikan surat sokongan untuk firma guaman yang mempunyai kaitan keluarganya kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB).

"Tindakan Faekah itu diakui sendiri oleh Menteri Besar malah dengan bersahaja menyatakan ia tidak menjadi kesalahan. Sedangkan Menteri Besar pernah menggantung Yahya kerana menyalahgunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk mengutip derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di negeri ini," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 26 Jun 2012

Isu Menteri KPWKM - Serlah Kebodohan Zuraidah Mak Lampir Sebagai Ahli Parlimen?




Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen.

Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.

Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.

Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. - AGENDA DAILY













Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 18 Jun 2012

Membongkar nista Tuan Guru Yang Bernama Pok Nik Ajis?




Satu ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.

Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar- gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.

Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud:

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.

Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS.

Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa.

Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.

Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.

Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT.

Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir.

Tetapi yang peliknya ramai juga calon yang diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO. Para pembaca boleh fikir sendiri.









Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 17 Jun 2012

TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'!




Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.

Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.

“Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan,” titah baginda.

Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.

Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.

Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.

Warna-warniPolitik
Torashah

Rabu, 13 Jun 2012

Saya ada bukti baru - Ummi?



Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mendakwa beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya terbabit.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang seakan-akan 'mendiamkan diri' apabila segala bukti berhubung dakwaan berkenaan telah diserahkan.

"Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akaun-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia.

"Kita mahukan keadilan. Tetapi apa yang mengecewakan apabila bukti sudah diberikan, beribu-ribu laporan polis dibuat, kenapa SPRM tak siasat? Apa guna bagi bukti kalau tak diendahkan? Tidak siasat pun. Kenapa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali bahawa siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun oleh Anwar akan dijalankan jika bukti-bukti baru yang berkaitan dikemukakan.

Pada masa sama, suruhanjaya itu tidak akan membuka siasatan yang telah diarah tutup oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ummi Hafilda berkata, beliau turut merasa kecewa dengan SPRM yang hanya pantas mengambil tindakan jika sesuatu dakwaan itu melibatkan kerajaan atau 'orang' politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Kalau melibatkan kerajaan, BN, cepat (ambil tindakan), walaupun tiada bukti kukuh. Bukan niat saya nak persoal integriti SPRM. Tetapi, apakah bukti-bukti yang telah diberikan selama ini tak relevan?

"Banyak bukti yang diserahkan, apakah tiada satu yang boleh 'sangkut'?" tegas Ummi Hafilda lagi.

Mengenai pendedahan Abdul Murad terhadap pemilikan 20 akaun oleh Anwar, jelasnya , bekas Penolong Gabenor BNM itu semestinya tahu segala-galanya.

"Beliau (Abdul Murad) tahu maklumat lengkap dan sudah membuat pengakuan sumpah. Kata-kata beliau mesti ada kekuatannya dan bukan untuk 'main-main'. SPRM boleh periksa," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor