Orang bukan Islam diingatkan tidak mempertikaikan pandangan ulama berkaitan larangan terhadap orang Islam menyambut Hari Kekasih, hari ini.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, mereka tidak seharusnya mempertikaikan larangan yang sudah jelas haram dalam agama Islam, kerana orang Islam tidak pernah mempertikai amalan agama mereka. Beliau kecewa dengan sikap pemimpin bukan Islam yang mempertikaikan pandangan ulama, sedangkan menyentuh isu agama adalah begitu sensitif.
“Mereka sepatutnya hormat agama Islam seperti mana orang Islam hormat kepada amalan agama mereka. Orang Islam tidak campur tangan urusan agama mereka, maka kenapa mereka suka campur tangan.
“Tindakan itu seolah-olah mencetuskan pertikaian agama kerana dikhuatiri menjejaskan dan melonggarkan pegangan agama umat Islam,” katanya disini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang menggesa Pas supaya menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari.
DAP berpendapat pendirian Pas itu sangat bertentangan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia.
Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas juga menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan itu, termasuk menyiarkan iklan anti sambutan bagi mencegah umat Islam menyambutnya.
Juanda berkata, sambutan ini menjurus pergaulan dan seks bebas. Menurutnya, di negara Islam lain, sambutan Hari Kekasih diharamkan, tetapi tidak pernah dipersoalkan. Hal berkenaan tidak sepatutnya dibangkitkan bukan Islam.
“Mereka sepatutnya dinasihatkan oleh pemimpin Islam lain supaya tidak campur tangan dan tidak mengulangi lagi,” katanya.
Di Malaysia, larangan menyambut Hari Kekasih selaras dengan fatwa hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang November 2005 di Kuching, Sarawak dengan menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan semua umat Islam dilarang meraikannya.
Warna-warni Politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan