‘‘Minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada kerajaan,’’ kata pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sebaik dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting di sini, hari ini.
Beliau yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007 mendakwa, penahanannya di bawah akta itu dibuat tidak mengikut undang-undang.
Sehubungan itu, dakwa penasihat undang-undang pertubuhan haram itu, tiada sebab dia perlu berterima kasih kerana tidak melakukan kesalahan.
“Saya berterima kasih kepada penyokong-penyokong dan isteri saya tapi minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita yang telah menunggunya sejak pukul 11 pagi di Kem Tahanan Kamunting dekat sini hari ini.
Berbeza dengan dua lagi pemimpin Hindraf yang turut dibebaskan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Shah Alam, M. Manoharan, 48 dan K. Vasantha Kumar, 36, keadaan Uthayakumar kelihatan tidak terurus.
Ditanya keadaannya itu, Uthayakumar berkata, beliau sengaja tidak menyikat rambut dan janggut serta dibiarkan panjang sebagai tanda protes terhadap ISA. Sementara itu, Uthayakumar mendakwa, pihak polis bertindak kasar terhadapnya apabila beliau menolak untuk menandatangani surat yang mengandungi syarat-syarat pembebasan.
Komen : Biasalah, sudah hidup senang lenang di sini masih menuduh kerajaan BN masih menindas kaum India. Cuba kalau Mamat ni hidup kat India sekarang, entah apakah pekerjaannya sekarang. Sememangnya mereka sudah menjadi manusia tidak tahu diuntung. Bagi peha nakkan betis pula, tapi tak sedar nenek moyang mereka datang merempat disini. Masih tidak cukup dengan kehidupan mewah yang mereka kecapi . Kalau dibandar-bandar besar lihatlah dikawasan mana mereka tinggal, kereta apa yang mereka pakai dan juga tengok gaya pemakaian dan kehidupan mereka. Adakah itu semua yang dikatakan kaum tertindas? Nasihat kepada Hindraf...Tepuk dada tanya selera.
Warna-warni politik
Torashah
3 ulasan:
SALAM ZIARAH
MMG DASAR TAK KENANG BUDI. MEREKA TAK TAU NAK BRSYUKUR. SEPATUTNYA BIAR MEREKA MERINGKUK DI PENJARA UTK WAKTU YG LAMA
Kalau dia berterima kasih pun tidak cukup untuk membayar apa yang telah dilakukannya ke atas negara ini.
Salam Sdr.Jeffry dan Cikgu Bashid..
Terimakasih diatas ulasan yang diberikan. Bagi saya orang yang seperti ini eloklah diletakkan disatu pulau yang tiada penghuninya.( Pulau Jerjak ) Biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Dasar manusia yang tak tahu mengenang budi...
Catat Ulasan