Selasa, 24 April 2012

ISU PERSENDA RAJA!


Saya ingin mengulas tentang satu berita yang dilaporkan oleh Dr Rahman Kadir, seorang pengamal perubatan tentang tindakan mengejek dan mempersenda pimpinan negara termasuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Dipertua Negeri oleh beberapa tokoh ahli parlimen pembangkang ketika upacara pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong pada 11 April yang lalu.

Saya menyambut baik cadangan untuk menubuhkan badan penyiasat bagi menyiasat peristiwa yang mencacatkan upacara pertabalan tersebut sehingga ada pihak mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat insiden yang berlaku. Ini menggambarkan seriusnya perkara yang berlaku dari kacamata berbagai pihak termasuk rakyat di negara ini.

Bagi saya insiden tersebut sekiranya benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan. Setakat yang saya mengenali individu-individu yang terlibat, mereka memang mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang sukar diterima akal. Ini mungkin hasil dari desakan parti yang mereka wakili dan beberapa golongan di dalam parti masing-masing yang memandang remeh terhadap Institusi Raja. Saya tidak perlu menoleh kebelakang untuk memaparkan insiden-insiden hitam yang pernah berlaku di Perak dan Negeri Selangor

Selama ini mereka juga berbicara mengenai ketaatan kepada raja yang memerintah. Jelas daripada insiden tersebut sekiranya berlaku, ketaatan yang mereka laungkan tidak lebih daripada satu pengucapan yang tidak mempunyai banyak erti. Di hadapan masyarakat Melayu mereka berhujah tentang kepentingan institusi raja tetapi yang tersembunyi dihati mereka sebenarnya ialah apa yang dipertontonkan dalam peristiwa pertabalan itu.

Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya pihak-pihak yang terlibat yang merupakan golongan yang selama ini dimuliakan dengan berbagai cara yang disusun oleh orang-orang terdahulu. Saya juga dapat merasakan betapa kecewanya rakyat negara ini mendengar tentang insiden tersebut lantaran rata-ratanya rakyat memahami kedudukan Insitusi Raja dalam perlembagaan persekutuan serta apa yang boleh dilakukan oleh institusi tersebut dalam menjamin keutuhan negara.

Tindakan beberapa pemimpin pembangkang itu (sekiranya berlaku) sesungguhnya merupakan satu tindakan yang keji dan tidak sepatutunya dilakukan oleh mereka yang dipilih oleh rakyat yang sepatutnya menjadi juru bicara kepada mereka. Sayangnya semata-mata atas kepentingan politik yang tidak matang maka ahli-ahli parlimen yang terlibat itu sanggup bertindak sedemikian dengan disaksikan seribu tetamu pilihan termasuk wakil-wakil negara asing.

Jika benar seperti yang dilaporkan, di mana kewajaran ahli parlimen pambangkang tersebut sehingga sanggup memperleceh, memperlekeh dan menghina pimpinan tertinggi negara dan batang tubuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Di Pertua Negeri. Saya juga tertanya-tanya tentang darjah kesiuman pemimpin pembangkang tersebut yang seolah-olah lupa siapa diri mereka, dalam majis apa mereka berada dan siapa yang memerhatikan mereka.


Saya yakin cuti upacara khas pertabalan telah membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat tua dan muda termasuk kanak-kanak berada di hadapan kaca tv untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah tersebut. Mereka dapat menyaksikan betapa syahdunya majis tersebut. Mereka juga dapat menyaksikan unsur agama Islam yang jelas terpancar dari awal hingga ke akhir di sepanjang upacara pertabalan. Dalam suasana itu tiba-tiba timbul cerita ada dari kalangan mereka yang terpelajar, terdidik dan ternama melakukan perbuatan sumbang yang sudah tentu mencacatkan upacara yang diadakan dan sekaligus membabitkan maruah negara.

Bagi saya pendek benar akal dan pemikiran ahli parlimen yang terlibat. Bagi saya juga golongan seperti ini tidak harus diberi tempat menghadiri majlis-majlis rasmi kerana kegagalan mereka mengawal diri dan menunjukkan akhlak terpuji setanding dengan kedudukan mereka di mata rakyat.

Disebaliknya saya menyutujui saranan pihak-pihak tertentu termasuk badan-badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk menyiasat sedalam-dalamnya peristiwa ini. Saya juga dengan sukacita menyeru supaya insiden ini tidak dibenarkan berlalu tanpa adanya tindakan drastik daripada pihak yang berkuasa. Manusia seperti ini tidak sepatutnya menjadi pilihan rakyat.

Saya tidak dapat menggambarkan seandainya ditakdirkan mereka menguasai Putrajaya, bayangkan apa jenis budaya yang mereka akan cernakan untuk masyarakat Malaysia terutamanya dipihak generasi pengganti. Saya berharap rakyat Malaysia tidak memperjudikan masa hadapan mereka. Insiden yang dilaporkan berlaku sebenarnya bukan insiden yang isolated, tetapi inilah brand budaya baru yang akan mereka terapkan.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Dr Rahman Kadir yang telah menimbulkan perkara ini. Saya percaya atas kesedaran sivik yang tinggi doktor perubatan tersebut telah keluar daripada lingkungan perubatan yang dipertanggungjawakan untuk memaparkan peristiwa hitam yang berlaku kerana bagi beliau perkara tersebut bukan sesuatu yang kecil dan remeh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang terlibat. Remehkah sesuatu yang berkait langsung dengan sistem pemerintahan negara? Remehkah insiden yang berlaku itu jika ditinjau dari sudut keberlangsungan sistem Raja Berperlembagan? Akhirnya remehkah insiden itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan upacara itu adalah sebahagian daripada “the pride of the nation”?

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur

April 2012

Rabu, 11 April 2012

Menjunjung Kasih, Merafak Sembah... DAULAT TUANKU!


DAULAT TUANKU!

Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 kepada Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Rabu, 11 April 2012 Bersamaan 19 Jamadil Awal 1433.

Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu

“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Ikrar Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong

Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.”

Semoga Allah lanjutkan usia DYMM Tuanku berdua untuk memerintah Malaysia dengan jayanya.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ikhlas dari :

Seluruh warga UMNO Cawangan Bandar Puncak Alam
Torashah..

Selasa, 10 April 2012

Penduduk sedih MB Khalid Jamban tidak tahu bumbung Pangsapuri Teratai masih bocor!


Penduduk Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang di sini kesal dengan sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang disifatkan tidak serius dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan bumbung kediaman mereka.

Mereka yang tinggal di Blok 1 dan 2 pangsapuri berkenaan menyatakan meskipun kerja-kerja pembaikan bumbung rosak akibat dilanda ribut pada Februari lalu dilakukan, namun kebanyakan rumah di tingkat lima dimasuki air setiap kali hujan lebat ekoran siling bocor sehingga merosakkan sistem pendawaian elektrik.

Penasihat Penduduk Blok 1 dan 2 pangsapuri itu, Ahmad Kurdubi Masduki berkata, pihaknya menyifatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak kira-kira RM480,000 untuk membaiki bumbung pangsapuri lima tingkat berkenaan adalah tidak setimpal dengan kualiti kerja yang dilakukan.

"Selain bocor, kami khuatir jika ada bumbung usang yang tidak diganti akan tercabut apabila angin kencang. Ini kerana, kami difahamkan bukan semua bumbung di pangsapuri ini telah ditukar baru.

"Malah, dua unit lampu limpah yang rosak di kawasan padang permainan kanak-kanak juga didapati tidak dibaiki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi bersama lebih 50 penduduk mengenai isu tersebut di sini hari ini.


Turut hadir pada bantahan penduduk itu ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azmir Md.Zin.

Selain melaungkan rasa tidak puas hati mereka, penduduk turut membawa sepanduk tertulis 'Mana Janji Pemimpin PR', 'Kerajaan PR Menipu' dan 'Mana Janji Menteri Besar'.

Sementara itu, seorang penghuni pangsapuri berkenaan, Norhafizi Yusof, 36, ketika ditemui memberitahu, rumahnya di tingkat lima masih tiada bekalan elektrik kerana kerosakan sistem pendawaian akibat dimasuki air hujan.

"Saya tidak tahu sama ada boleh pulang ke rumah atau tidak memandangkan bekalan elektrik masih lagi tiada sehingga kini," ujarnya.

Pandangan sama turut dikongsi Umi Kalsom Annuar, 36, yang berkata dia amat kecewa dengan kerajaan negeri kerana tidak pernah menghantar mana-mana wakil untuk memantau kerja-kerja pembaikan yang dijalankan kontraktor.


Katanya, sikap lepas tangan itu seolah-olah menunjukkan pentadbiran negeri hari ini tidak mementingkan kebajikan dan keselamatan rakyat yang sepatutnya diberi keutamaan.

Selain mengadakan demonstrasi, rata-rata penduduk pangsapuri berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini dalam tempoh terdekat sekiranya kerajaan negeri masih gagal menangani masalah berkenaan.

Sementara itu MB Khalid berjanji siasat aduan penghuni!

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim mengaku tidak tahu-menahu mengenai masalah yang dihadapi penduduk Pangsapuri Teratai di Taman Bukit Subang di sini. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan menyiasat setiap dakwaan penduduk pangsapuri terbabit.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu, tetapi jika benar seperti yang didakwa penduduk itu, kontraktor yang terlibat perlu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penduduk bahawa kerja-kerja pembaikan bumbung perumahan itu tidak dibuat dengan sempurna sehingga menyebabkan air sering memasuki rumah di tingkat lima apabila hujan lebat.

"Kebiasaannya, kontraktor perlu bertanggungjawab dalam tempoh tertentu terhadap setiap kerja yang mereka lakukan," katanya lagi kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir di Dewan Pejabat Daerah Klang, di sini hari ini.

Macamana nak tahu dah dok hari-hari peram teloq kat dalam pejabat! Apa yang berlaku semua tak tahu? Lepas tu nak salahkan orang lain pulak! Apa punya mangkoklah MB Selangor nih..!!!













Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 9 April 2012

Perghhh...Ramainya Kroni Jadi Broker Sampah Atas Angin Di Selangor!


Masalah sampah sudah begitu ketara. Rakyat sudah merungut. Macam-macam helah dikata oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Akhirnya ketara sekali, ini semua alasan untuk samun kontrak sampah dari Alam Flora.

Mula-mula Alam Flora dikenakan tekanan macam-macam oleh kerajaan negeri melalui setia pihak berkuasa PBT. Margin keuntungan untuk pembuangan sisa atau sampah itu sedikit.

Dengan dikecilkan zon kutipan, minta diskaun kadar, dan akhirnya dilambatkan bayaran, akhirnya termuntahlah kontrak sisa itu keluar dari kontraktor dan subkontraktor.

Langsung diagih-agihkan kontrak itu sesama mereka sebagai hadiah diatas kesetiaan sebagai aktivis parti-parti Pakatan Rakyat. Antara mereka ini, ada yang dapat sebagai kontrak, ada yang jadi broker untuk mengumpulkan sub-kontrak-subkontrak sampah dan ada yang hanya broker atas angin.

Elemen rasuah hingga menjejaskan perkhidmatan sudah ditimbulkan oleh Dr Jacob George. Jika tidak ada bukti, masakan dia sedia membuat laporan polis dan laporan SPRM.

Rasuah ini sudah begitu berleluasa hingga ada antara mereka ini menjadi kaya dalam masa sekejap hingga berupaya memiliki kereta sports mewah, katanya. Ada bekas pembantu seorang Menteri Besar pembangkang kini mengendalikan lebih dari 30 sub-kontraktor.

Disebalik pengumuman Ronnie Liu untuk membeli 50 lori compactor pun menarik. Satu lori baru boleh mencecah harga RM250,000. Ini akan menelan belanja hampir RM12.5 juta. Lori ini akan disewa kepada kontraktor dan sub-kontraktor. Sesuatu yang tidak berlaku ketika Alam Flora kendalikan.

Terfikir ke tidak bahawa kalau mereka tidak kacau Alam Flora, tidak perlu untuk membeli lori-lori. Kebanyakkan kontraktor dan sub-kontraktor sudah punya alat-alat dan kenderaan. Ada yang sudah pertingkatkan teknologi untuk perbaiki perkhidmatan dan kurangkan kos.

Akhirnya ini semua membazir dan pelanggan iaitu orang ramai mendpaat perkhidmatan yang masih primatif atau permulaan pembangunan. Tidak jauh untuk dibandingkan. Lihat saja tahap perkhidmatan di Selamngor dengan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur.

Bukankah selama ini kerajaan negeri merungut tidak cukup wang hingga sewa naik, siapa tak bayar sewa tanah tol dihalau, projek pembangunan untuk mengumpul dana, dan lain-lain. Tiba-tiba boleh cukup pulak?

Dengan pembelian lori dan disewa, sedarkah anda bahawa kerajaan negeri menggalakkan kewujudan ‘broker’ dan kontraktor sebeanar tidak terlibat dalam perkhdmatan pembuangan sisa sampah?

Bila ‘broker’ ini boleh atur untuk kontraktor dan sub-kontraktor yang berminat kenderaaan compactor dengan disewa dari kerajaan negeri, sesiapa Ahmad, Ah Chong dan Muthu boleh masuk tender walaupun tiada kenderaan atau kepakaran atau atau modal.

Banyak elemen rasuah dan penindasan dipercayai sudah menusuk hingga menyebabkan perkhidmatan terjejas. Yang buat kerja sebenar tak berapa orang saja tapi yang terlibat ramai.

Ini belum diungkit pengurangan perkhidmatan dan caj yang minta ditambah. Ada sesetengah kawasan rumah pangsa dan kos rendah, mereka tak mahu lagi beri perkhidmatan percuma dan yang kerap seperti semasa bawah Alam Flora.

Kalau dikatakan cara dulu Alam Flora lebih baik, mereka akan tuduh dan kata macam-macam penyelewengan atau ketirisan ada berlaku. Lihatlah sendiri perkhidmatan sekarang dengan perkhidmatan dahulu. Kalau dah lupa, turun saja ke Kuala Lumpur untuk lihat sendiri.

Makan masa bertahun-tahun baru anda akan nikmati perkhidmaatn yang tidak bermasaalah. Takpe … undi lagi pembangkang. Padan kan muka. Pembuangan sampai yang dahulu tidak bermasaalah dah jadi masaalah.

Entah apa lagi akan rosak jika mereka mereka dibenarkan terus memerintah.















Juragan Malawati..

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor