Jumaat, 25 Mei 2012

Negara Islam: Nik Aziz dan Karpal dicabar jelaskan pendirian!



Dua komponen Pakatan Rakyat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh dicabar menjelaskan pendirian masing-masing berhubung soal Malaysia negara Islam. Kalau dulu PAS kata Umno kafir kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tapi sekarang PAS kafir kerana sanggup berkawan dengan PKR dan DAP. 

Dulu kata Umno kafir kerana tidak mewujudkan negara Islam di Malaysia tapi sekarang PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang sudah jelas menolak Islam! Oleh itu Nik Aziz dicabar untuk tegaskan pendirian dalam isu ini (negara Islam), dan Karpal Singh juga dicabar untuk berbuat demikian. 

Jelas kelihatan PAS sudah berubah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa. Ini terbukti PAS sanggup menggadaikan apa sahaja termasuk agama semata-mata kerana kepentingan sendiri dan kuasa. 

Umno tidak buat begitu kerana Umno menolak unsur-unsur ekstrem dan fahaman melampau. Umno mengamalkan kesederhaan kerana kesederhanaan itu Islam, Islam itu indah, Islam itu sempurna! Nik Aziz didakwa telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini. 

Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno. Jika negara Islam lain cuba dijatuhkan oleh anasir-anasir jahat tetapi di Malaysia sebaliknya.  Di Malaysia, ia dibuat oleh PAS untuk menjatuhkan Islam! 

Warna-warni politik
Torashah



Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor