Jumaat, 30 April 2010

Baginda Sultan Selangor Murka : Jangan datang ke Selangor!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri itu.

Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan. ‘‘Rakyat harus maklum beta tidak menghalang rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki.

“Bagaimanapun mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang di sini dan tidak mempertikaikannya kerana ia diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang dulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja Klang di Kampung Jawa di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Titah Sultan Sharafuddin, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam. Baginda menjelaskan, ini kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Titah baginda lagi, sekiranya masjid dan surau dibiar digunakan sebagai pentas kempen politik, dikhuatiri ia akan disalah guna dan dicemari dengan perbuatan mencaci serta memfitnah yang akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di Selangor.

‘‘Beta menjelaskan ini kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik dan menganggapnya karut serta sebagai peninggalan penjajah,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, pada zaman Rasulullah, masjid digunakan untuk menyedarkan dan menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana pada ketika itu mereka diancam dan diserang musuh.
Titah baginda, masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk berlindung dan Rasullullah tidak pernah menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

‘‘Justeru, adalah tidak munasabah membandingkan peranan Rasulullah menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebar agenda politik masing-masing.

‘‘Pada zaman Rasulullah juga tidak ada kemudahan-kemudahan lain untuk berceramah mengenai politik seperti stadium, balai raya, pusat konvensyen dan juga dewan serbaguna.
‘‘Berceramah di tempat-tempat tersebut dan jangan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik,” titah baginda.

Komen : Inilah akibatnya apabila ugama disalahgunakan untuk kepentingan politik. Ingatkan diri terlalu ' ISLAM ' sehingga lupa adat istiadat orang melayu dan lupa juga Rukun Negara yang KEDUA iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara!

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 29 April 2010

Nizar Talibarut Bintang 3 Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum!

TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT ADALAH SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI BERBAU HASUTAN. IANYA DI KHUATIRI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN DAN HURU HARA DIDALAM NEGARA.

NIZAR MENDAKWA BAHAWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA:

" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "

" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "


DI MINTA PIHAK KESELAMATAN DAN KDN DAPAT BERTINDAK DENGAN KADAR SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

JANGAN SAMPAI ADA PERGADUHAN ANTARA KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.

TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....!

JIKA DIBIARKAN, ORANG CINA DI SIBU JUGA AKAN TERPENGARUH LALU MEMBENCI BARISAN NASIONAL KERANA FITNAH DAHSYAT INI.

Warna-warni Politik

Torashah


Isnin, 26 April 2010

Hulu Selangor: Kemenangan BN bukti dasar Najib diterima rakyat!

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib.

Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah ditipu apabila segala yang dijanjikan dalam kempen tersebut tidak ditunaikan.

Mungkin pengundi Hulu Selangor mula kecewa dengan PKR kerana para pemimpinnya tidak pernah jemu menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Malah, dilaporkan menjelang tarikh akhir berkempen pada tengah malam, 24 April lalu, risalah-risalah fitnah sempat ditabur di beberapa lokasi panas di Hulu Selangor.

Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil. Fitnah yang dilemparkan itu memakan diri apabila penduduk Hulu Selangor menolak calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Apatah lagi, peribadi Zaid yang didedahkan oleh media alternatif sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Sebaliknya, kerajaan Najib tetap bersama penduduk Hulu Selangor walaupun ketika wakil rakyat kawasan itu dari PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih berkhidmat.

Dari awal lagi, Najib menunjukkan keprihatinan terhadap masalah penduduk Hulu Selangor, misalnya meninjau sendiri masalah penduduk yang mendiami pangsapuri kos rendah di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 9 Januari 2010. Pendekatan mesra rakyat yang ditunjukkan itu telah membuahkan hasil di Hulu Selangor.

Syabas kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat. Nampaknya, mereka tidak sanggup lagi hidup di bawah pimpinan PKR yang semakin kucar kacir sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, pakatan pembangkang awal-awal lagi telah menempah 'tiket kekalahan' apabila memilih Zaid yang mempunyai pelbagai kisah yang sudah diketahui umum termasuk rakan-rakan pakatan PKR iaitu DAP dan Pas.

Namun atas semangat setiakawan, Pas terpaksa menerima Zaid dan mengharungi kempen pilihan raya kecil itu dalam keadaan sukar.

Pas yang selama ini berjuang untuk menjaga kesucian agama Islam terpaksa mengikut rentak tari yang dimainkan oleh DAP dan PKR. Akhirnya tindakan Pas itu memakan diri apabila 20 ahlinya di Hulu Selangor keluar parti pada 23 April lalu. Mereka kecewa melihat struktur Pas yang lemah.

Kini keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Hulu Selangor kembali kepangkuan wakil rakyat BN. Justeru semua parti komponen terutama UMNO, MIC dan MCA perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dapat ditunaikan.

Konsep pendekatan mesra rakyat mesti diteruskan memandangkan PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.

Pihak yang kalah pula harus menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana dalam setiap pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada BN dan P. Kamalanathan selamat bertugas.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 24 April 2010

P94 Hulu Selangor : Kini Giliran Pas Kehilangan Ahli!

Ariff Kamaruddin (tengah) yang mengumumkan keluar Pas menunjukkan kad keahliannya yang turut dipotong. Beliau kemudian menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ahmad Maslan (kanan) di Hulu Selangor, semalam.

Selepas dua hari berturut-turut ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pengumuman keluar parti di kawasan Parlimen ini, hari ini, giliran Pas pula berdepan dengan situasi tersebut.

Kali ini membabitkan 20 ahli Pas diketuai Ariff Kamaruddin yang merupakan penggerak Pas yang aktif di peringkat akar umbi. Ariff yang lebih dikenali sebagai Pak Tam oleh penduduk setempat berkata, tindakan itu berpunca daripada kekecewaannya melihat struktur parti yang amat lemah.

Katanya, pemimpin Pas juga tidak pernah bertanya khabar penyokong akar umbi dan kerana itulah beliau tidak pelik parti itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat. "Saya telah membuat perbandingan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO, secara ikhlas saya ingin tegaskan bahawa tiada parti lain yang dapat menandingi UMNO.

"Saya juga yakin kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa Malaysia ke peringkat yang lebih baik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Selain menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, beliau secara simbolik turut menggunting kad keahlian Pas di hadapan wakil media.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariff berkata, beliau sebenarnya pernah memohon untuk membuka cawangan Pas di pekan Kuala Kubu Bharu. Katanya, permohonan itu bagaimanapun ditolak tanpa sebab-sebab yang konkrit. Lantaran itu, katanya, ahli-ahli Pas yang sepatutnya berdaftar di cawangan baru itu 'ditaburkan' ke cawangan berhampiran.

Sementara itu : Khalid tidak bimbang ahli keluar PKR

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim tidak bimbang dengan tindakan beratus-ratus ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu sejak kebelakangan ini. Beliau percaya tindakan tersebut tidak menjejaskan peluang pakatan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kerana ahli yang mengisytiharkan keluar parti bukannya pengundi di Hulu Selangor.

Sambil mengakui peluang untuk menang hanya 50 peratus, beliau sebaliknya mendakwa jumlah mereka yang menyertai PKR lebih ramai daripada yang keluar tetapi tidak dihebahkan. 'Mereka yang keluar tidak menjejaskan parti kerana mereka orang luar. Tetapi persaingan pada pilihan raya ini sengit," katanya kepada pemberita selepas berkempen di Dewan Felda Sungai Buaya di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, ramai pemimpin PKR yang mengumumkan mereka hilang kepercayaan terhadap parti itu dan terbaru 200 ahli dan pemimpin parti itu di Kalumpang juga mengambil langkah yang sama. Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu, ekoran begitu ramai yang keluar parti, beliau akan mencadangkan supaya ahli terbabit hanya dibenarkan menyertai semula parti itu selepas tiga tahun.

''Ini bagi memastikan mereka yang menyertai PKR sedar, mereka tidak boleh masuk dan keluar parti sesuka hati. ''Bekas ahli yang mahu masuk semula akan dipertimbangkan setelah tiga hingga lima tahun meninggalkan parti," ujarnya.

Sebelum itu : PKR kini umpama kapal bocor

Gelombang pemimpin dan ahli keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak kebelakangan ini. Sepanjang bulan April ini sahaja, lebih 700 ahli telah mengumumkan keluar parti itu, menjejaki lebih ramai rakan seperjuangan mereka yang lebih awal meninggalkan PKR. Sebahagian besarnya memberi alasan kecewa dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti itu yang dilihat tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya mementingkan kuasa dan perjuangan individu.

Fenomena gelombang keluar parti dalam PKR itu seolah-olah ia seperti kapal yang sudah bocor dan menunggu masa untuk karam. Ia bermula pada 13 April lalu, apabila 200 anggota PKR Cawangan Taman Tunku Putra di Kulim yang diketuai G. Thanagaran beramai-ramai mengisytihar keluar parti.

Lebih mengejutkan apabila pada 15 April, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Pengumuman Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, salah seorang pengasas PKR untuk keluar parti pada 19 April, juga menimbulkan kejutan besar.

Ramai yang tidak percaya Dr. Halili yang pernah menjadi doktor peribadi dan tempat rapat Anwar boleh meninggalkan parti itu. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk menjelaskan, sebuah parti politik akan mula kehilangan ahli seperti yang berlaku kepada PKR sekarang disebabkan kecewa perjuangan asal parti diabaikan.

Beliau berkata, sebagai parti serpihan, keadaan ini memang dijangka akan berlaku kerana nilai kepercayaan terhadap perjuangan parti lama kelamaan akan mulai tumpul. “Pada awal penubuhan, PKR bermatlamat untuk mengadakan reformasi dalam politik di negara ini.
“Bagaimanapun, segala yang diimpikan semakin hari semakin sukar untuk menemui kejayaan,” katanya.

Tambah Azeem, perjuangan PKR lebih kepada usaha peribadi iaitu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, katanya, ahli mula rasa kecewa kerana perjuangan yang diharapkan selama ini semakin bertukar haluan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN ).

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 23 April 2010

P94 Hulu Selangor : Hanya rakyat boleh hukum pengkhianatan Anwar kepada negara!

Anwar Ibrahim pengkhianat negara. Itu label atau gelaran yang sekali lagi dberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Ketua Pembangkang itu.

Tanpa gentar dan berselindung, Muhyiddin mengatakan gelaran itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Kenyataan Muhyiddin ini sudah tentu mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Pada Ogos tahun lalu Anwar dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya. Tetapi ugutan itu sedikit pun tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Sekarang, sekali lagi label pengkhianat itu diluahkan oleh Muhyiddin. Menarik dalam hal ini, sehingga sekarang pun Anwar tidak mengambil tindakan saman. Sememangnya, jika ada mana-mana pihak yang berusaha menjatuhkan nama baik Malaysia, dia boleh dilabelkan sebagai pengkhianat.

Anwar sejak dipecat daripada Kabinet dan UMNO pada 2 September 1998, nampaknya berterusan memburukkan institusi- institusi negara yang telah wujud 52 tahun lalu. Jadi perbuatannya itu sukar dimaafkan.

Pelbagai taktik dan helah digunakannya untuk menjelajah dari benua ke benua semata- mata bertujuan memburukkan negara sendiri tanpa rasa maruah bangsa tergadai. Rakyat pasti berasa sedih melihat tindak- tanduk seorang pemimpin yang disegani satu ketika dahulu bertindak merosakkan nama Malaysia kerana mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana mahu dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Syukur, segala tohmahan dan kejahatan yang dilakukannya kita telah dapat dihidu dan disedari oleh rakyat. Kesan awal ialah ramai bekas pemimpin PKR telah mengakui kesilapan mereka menyokong perjuangan Anwar. Mereka juga sedar sebenarnya Anwar hanya mempergunakan mereka untuk memenuhi cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar mempunyai banyak rancangan 'gila' yang orang tidak buat semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri. Kini rakyat perlu menilai sendiri adakah pengkhianatan Anwar kepada negara harus disokong atau dihukum?

Berpuluh-puluh bekas pemimpin PKR dan sahabat Anwar sendiri sudah tidak dapat bersabar dengan hipokrasi dan manipulasi Anwar. Mereka tahu Anwar seorang putar alam dan licik terutama ketika terdesak, lebih-lebih lagi situasi sekarang.

Mereka telah menghukumnya dengan bertindak meninggalkan parti yang matlamat asalnya pun untuk diri Anwar. Kita percaya Anwar juga faham tentang sentimen orang Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Hanya Melayu yang sangat kemaruk kuasa saja sanggup merosakkan nama negara, bangsa dan agama. Hanya Melayu yang sanggup melihat kemusnahan bangsanya saja akur segala kehendak musuh negara. Pengkhianatan Anwar kepada agama, bangsa dan negara hanya dapat ditentukan oleh rakyat dengan tidak menyokong perjuangannya itu.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN).

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 21 April 2010

P94 Hulu Selangor : Pengundi perlu dengar, fikir dan memutuskan!

KETIKA ditanya mengenai pengundi mana yang akan menjadi tumpuan utama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pengundi adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) kerana 'mereka adalah raja yang akan menentukan nasib kita.'

Justeru sebagai 'raja' sebelum membuat keputusan siapa yang paling layak menjadi ahli Parlimen Hulu Selangor melalui pilihan raya kecil pada Ahad ini, mereka perlulah mengamalkan pendekatan mendengar, berfikir dan memutuskan.

Ia kerana nasib masa depan kawasan itu bergantung kepada keputusan penting yang mereka lakukan. Mereka mempunyai hanya dua pilihan sahaja memilih calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan atau calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Mereka perlu mendengar siapakah yang membentangkan fakta dan siapa pula yang asyik melemparkan fitnah.

Selain itu berfikirlah siapa yang berpolitik untuk memperjuangkan nasib rakyat dan siapa pula yang berpolitik semata-mata untuk merebut kekuasaan.

Selepas mendengar dan berfikir, maka putuskanlah siapa paling layak untuk menjadi wakil kepada suara rakyat Hulu Selangor. Kamalanathan yang mewakili sebuah parti yang berjaya atau Zaid yang mewakili sebuah parti penuh propaganda.

Tembelang PKR sudah jelas apabila semakin ramai yang meninggalkan parti itu, manakala di Selangor pula, kerajaan negeri yang diketuai oleh PKR tidak menunaikan apa yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.

Ini berbeza dengan kerajaan BN yang sejak lebih 50 tahun lalu telah berjaya membawa negara ini ke arah kemajuan dan memastikan kesejahteraan rakyat terbela. Malahan gagasan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' boleh menjadi sandaran utama kepada rakyat.

Ia kerana di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dengan dibantu oleh Muhyiddin, tiada seorang pun wakil rakyat BN yang akan terselamat jika sepanjang perkhidmatan, mereka gagal menunjukkan prestasi memuaskan.

Keadaan itu berbeza dengan pakatan pembangkang terutamanya PKR yang siang malam hanya tahu berpolitik sahaja dan tidak mengambil peduli prestasi wakil rakyat mereka, bagi mereka yang penting menang pilihan raya. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pengundi-pengundi yang sebelum ini termakan dengan janji-janji pembangkang.

Oleh itu, tidak salahnya jika pengundi yang bakal menjadi 'raja' untuk menentukan nasib kedua-dua parti membuat keputusan bijak. Mungkin sebelum ini ada wakil rakyat BN yang telah 'mencalarkan' imej parti itu kerana tidak menunjukkan perkhidmatan yang baik di Hulu Selangor.

Tetapi itu bukan salah BN atau Kamalanathan yang baru kali pertama bertanding. Sebab itu mereka perlu mendengar apa yang BN hendak katakan, berfikir apa yang BN janjikan dan kemudian menentukan pendirian.

Janganlah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menuduh kerajaan BN zalim melalui pembentangan fakta-fakta yang mengelirukan. Dengar, fikir dan tentukan apakah yang pembangkang katakan benar atau tidak.

Kalau kerajaan zalim dan tidak adil seperti mana dakwaan pembangkang sudah lama mereka tidak wujud di bumi Malaysia dan lebih penting daripada itu memetik kata-kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ''sudah lama rakyat negara ini kebuluran".

Justeru, mereka tidak boleh menelan bulat-bulat apa yang difitnah oleh pembangkang kerana pengundi ada telinga untuk mendengar, ada akal untuk berfikir dan kuasa untuk menentukan siapa yang benar.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN ).

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 20 April 2010

P94 Hulu Selangor : Asyik memfitnah, parti sendiri bergoncang!

DR. Halili Rahmat (kiri) ketika membuat sidang akhbar mengenai pengisytiharannya keluar PKR dan masuk UMNO di Petaling Jaya, semalam. Di sebelahnya bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim.


KETIKA pembangkang ghairah melancarkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bermula pada Sabtu lalu, mereka menerima tamparan hebat, semalam.

Segalanya berlaku apabila Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat mengumumkan keputusannya keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO.

Mungkin seperti biasa pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya PKR akan membuat pelbagai dakwaan berikutan tindakan itu. Mereka akan menuduh BN menjadi dalang manakala Dr.Halili pula kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon.

Hakikatnya, kita tidak perlu terkejut dengan tuduhan seumpama itu kerana demikian sikap pembangkang. Kalau ada yang meninggalkan parti tersebut pelbagai tuduhan akan dibuat tetapi apabila seseorang itu menyertai pakatan, maka 'segala dosa-dosa' individu berkenaan seolah-olah 'terampun'.

Namun persoalannya sampai bilakah pemimpin pembangkang terutamanya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bala tenteranya akan terus menafikan kebenaran dan cuba menegakkan pembohongan serta penafian.

Mereka boleh mentafsir atau menuduh apa sahaja kepada pemimpin yang meninggalkan parti itu tetapi yang pastinya PKR kini semakin porak-peranda kerana hari demi hari, seorang demi seorang pemimpin parti tersebut meninggalkan 'bahtera' yang belayar tanpa destinasi tersebut.
Kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh dinafikan dengan penafian apatah lagi hanya berdasarkan kepada hujah-hujah seorang pemimpin yang merasakan pakatan merekalah yang paling sempurna di muka bumi Allah ini.

Tindakan Dr. Halili sudah menjadi bukti bahawa pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk bertanding di Hulu Selangor tidak mendapat restu pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri. Segalanya kerana Anwar membuat keputusan sendiri dan lebih mementingkan undi kaum tertentu, justeru seperti mana kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Anwar mengikut sahaja telunjuk DAP yang dikatakan mahu Zaid bertanding.

Ini sekali gus bermakna, Pas yang dianggap mempunyai jentera terbaik di kalangan pembangkang di dalam pilihan raya perlu bekerja bagi memenangkan seorang calon yang bukannya dipilih secara sebulat suara oleh pakatan tersebut tetapi oleh Anwar dan DAP seperti mana kata Mohamad Khir.

Walaupun PKR berhujah bahawa Zaid adalah calon terbaik mereka tetapi kenapakah dalam usia baru setahun jagung, beliau secara tiba-tiba dipilih sebagai calon parti itu. Apakah selama ini di dalam PKR tidak ada calon yang setanding Zaid? Bukankah PKR yang ditubuhkan sejak tahun 1999 mempunyai ramai pemimpin yang setia dan sentiasa ke hadapan bagi mempertahankan Anwar tetapi akhirnya diketepikan apabila berlaku pilihan raya?

Ertinya, mereka hanya 'gurkha' yang dikerahkan bekerja untuk parti tetapi 'tidak layak' bertanding dalam pilihan raya sehinggakan Anwar dengan sokongan DAP memilih Zaid.
Apapun terserahlah kepada pengundi menilai perkembangan terbaru ini, mereka mempunyai pilihan untuk terus memilih PKR yang semakin goyah atau memilih BN melalui calonnya, P. Kamalanathan bagi memastikan mereka tidak disia-siakan.


Pengundi perlu tolak PKR


Pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor perlu membuka mata dan mengambil iktibar daripada tindakan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat keluar daripada parti itu hari ini. Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu membuktikan perjuangan PKR kini semakin tidak boleh dipercayai oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri.

''Jika pemimpin seperti Dr. Halili pun sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR, bagaimana pula dengan pengikut-pengikut parti tersebut? Sampai bila mereka tidak mahu menerima hakikat sebenar," katanya ketika dihubungi di sini. Dalam pengumuman yang dilakukan di Petaling Jaya, Dr. Halili berkata, beliau mengambil tindakan keluar parti selepas mendapati PKR sudah tersasar jauh daripada perjuangan asal ketika menyertainya pada 1999.

Noh berkata, berdasarkan perkembangan terbaru itu, para pengundi tidak harus memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, sebaliknya menyokong calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan.

''Ia memandangkan pergolakan di dalam parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semakin buruk. Kalaulah Dr. Halili yang rapat dengan Anwar boleh bertindak keluar daripada parti, maka pengundi pun tidak perlu menaruh keyakinan kepada kepimpinan PKR lagi," katanya. Beliau menegaskan, pemilihan Zaid sebagai calon membuktikan PKR gemar memperkudakan pemimpin yang baru menyertai parti itu demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

''Selain itu, segala janji PKR kepada rakyat juga adalah palsu kerana ia dilakukan semata-mata untuk menang pilihan raya," katanya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Noh juga menasihatkan Dr. Halili supaya bertenang dan bersabar menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan oleh para pemimpin PKR berikutan tindakan yang diambilnya. ''Saya mendapat maklumat Dr. Halili kini berada dalam keadaan tertekan, dihina dan sebagainya tetapi beliau perlu bertenang kerana tindakan tersebut adalah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara," ujarnya.


Bukti PKR bukan sebuah parti yang baik


Tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara berterusan membuktikan parti itu bukanlah sebuah parti yang baik. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sekiranya sesebuah parti itu baik tidak mungkin pemimpinnya yang mempunyai kedudukan tinggi dan berpendidikan akan mengambil tindakan sedemikian.

''Mereka keluar parti berdasarkan pertimbangan mereka sendiri terhadap parti itu. Secara tidak langsung ia jelas membuktikan parti itu kini berada dalam keadaan porak peranda. ''Kalau kita lihat mereka yang keluar parti itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam PKR. Mereka berpendidikan dan mempunyai pengaruh tersendiri," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra 1Malaysia bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Serigala, Sungai Selisik Hulu Bernam di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin dan ahli parti itu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu disebabkan kecewa dengan pentadbiran Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, kecewa dengan tindakan Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengumumkan keluar parti serta-merta. Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.

Selain Nor'isham dan Muhammad Ali, kira-kira 200 ahli parti berkenaan di Pulau Pinang bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai semalam kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti. Hari ini, Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Dalam perkembangan lain, Shafie berkata, tindakan calon bebas VS. Chandran menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini merupakan suatu perkembangan baik. ''Saya berharap beliau (Chandran) akan membantu BN untuk merampas kembali Parlimen Hulu Selangor daripada PKR," katanya.

Jom, pakat keluar ramai-ramai...!


BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).



Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 18 April 2010

P94 & Awang Selamat : Zaid kaki....!


Anwar Ibrahim mendakwa BN khususnya UMNO gelabah sebaik sahaja beliau mengumumkan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor. Menurut beliau, Zaid adalah nama besar, popular dan sudah teruji dalam politik.

Awang hanya senyum. Reaksi di peringkat akar umbi terutama penduduk Hulu Selangor cukup berlainan. Malah yang gelabah ialah ahli-ahli PKR dan Pas. Mereka terkejut kerana Zaid dijadikan sandaran pada ketika beliau diwarnai kontroversi. Mencalonkan mantan menteri dan bekas pemimpin UMNO itu seperti sengaja menempah kekalahan.

Zaid sendiri adalah liabiliti politik jika dinilai daripada kehidupan sisinya. Maka terpacullah reaksi spontan yang melabelkan beliau sebagai kaki itu dan kaki ini. Sehinggakan Naib Presiden PKR, Azmin Ali terpaksa tampil meminta sesiapa sahaja yang mendakwa Zaid kaki botol, agar membuktikannya.

Walaupun PKR meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu itu tetapi pemilihan Zaid, dipersoalkan. Beliau dilihat sebagai Melayu liberal dan lebih Barat dari Barat. Lebih buruk daripada itu, beliau bersama-sama Anwar telah melakukan banyak tindakan yang menggugat kepentingan Melayu dan mempertaruhkan agama demi kuasa politik. Dosa beliau terhadap orang Melayu cukup besar.

Imej elit dan kekayaannya menjadikan beliau tidak sedar diri terhadap tuntutan mempertahankan kepentingan bangsa. Dalam ruangan ini dua minggu lalu, Awang mencabar Zaid agar berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan sepenuhnya Perlembagaan negara tetapi sampai sekarang, beliau tidak menyahut cabaran itu.

Lalu Awang boleh faham mengapa beliau sukar mendapat sokongan akar umbi ketika berada dalam UMNO. Beliau pernah ditolak bertanding kerana tidak cukup pencalonan. Ramai masih ingat isu rasuah politik yang menyebabkan beliau digantung keahlian dan kontroversi lain.
Kini dalam tempoh berkempen, Zaid dahagakan sokongan Melayu termasuk penyokong Pas. Tetapi tidak lama dulu beliaulah orang paling kuat menentang pelaksanaan Hudud dan Qisas di Terengganu ketika di bawah pemerintahan Pas.

Beliau juga kerap menghentam parti itu. Awang percaya para penyokong Pas tidak mudah menerima Zaid. Walaupun ada pemimpin Pas memaafkan beliau untuk tujuan politik, itu tidak mencerminkan sentimen keseluruhan. Di hati kecil majoriti penyokong Pas, Zaid tidak boleh dipercayai. Sebenarnya hanya DAP yang gembira dengan pemilihan beliau.

Ini kerana Zaid dilihat sentiasa membawa aspirasi parti rasis itu. Bagi Anwar, semua itu tidak penting, yang lebih penting Zaid mampu meraih sokongan pengundi Cina. Pada firasat Awang, ada sebab tersembunyi mengapa Zaid dicalonkan. Beliau adalah calon yang mempunyai masalah moral. Anwar sememangnya memerlukan calon seperti itu yang dapat mengurangkan tumpuan terhadap isu-isu yang beliau hadapi sekarang.

Anwar melangkah ke pentas pilihan raya kecil kali ini dengan semakin banyak isu yang tidak memihak kepada beliau. Lebih-lebih lagi dengan tindakan keluar parti ramai pemimpin PKR. Pendedahan demi pendedahan ramai sahabatnya terhadap pembohongan Anwar, telah menyebabkan ketua pembangkang itu makin tertekan.

(Hasil lawatan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat memberikan tamparan hebat kepada Anwar. Presiden Barrack Obama dan pemimpin lain tidak membangkitkan langsung soal Anwar sebaliknya mengiktiraf peranan Malaysia kepada dunia di bawah kepimpinan Najib. Dakwaan Anwar bahawa banyak negara terutama AS menyokong kuat beliau dalam kes liwat ternyata meleset.)

Sebab itu, Awang tidak terkejut mengapa calon berwibawa dan bersih seperti Dr. Halili Rahmat tidak dipilih. Seandainya beliau dipilih, beban dan sasaran kempen adalah kepada isu moral Anwar semata-mata. Secara tidak langsung, Zaid diperlukan untuk mengalihkan perhatian daripada isu Anwar. Timbul pula persoalan apakah pemilihan Zaid menyebabkan Anwar sudah kurang memberikan perhatian kepada Naib Presiden, Azmin Ali?

Walaupun Zaid makin menonjol, itu tidak bermakna Azmin mula terpinggir. Awang dapat tahu, Azmin tetap istimewa dan tiada mana-mana pemimpin dapat mengatasinya. Bukan sahaja kerana dia sudah lama membantu Anwar malah banyak menyimpan rahsia. Azmin juga tidak mungkin meninggalkan PKR kerana terlalu terhutang budi kepada Anwar. Dengan kata lain, tidak mengapa jika Zaid terkorban tetapi bukan Azmin. Ia bagaikan ada misteri.

Segala-galanya misteriiii...!
Wallahuallam.

Warna warni Politik
Torashah

Khamis, 15 April 2010

Hulu Selangor : Kamalanathan janji rampas kerusi P94.

Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan kerusi parlimen itu kepada BN, dan menjadikan kejayaan itu sebagai hadiah MIC kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Calon kali ini bukan calon BN sahaja tetapi calon 1Malaysia. Kita berpegang teguh kepada konsep 1Malaysia ini dan akan memperkukuhkan konsep ini di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita di Hulu Selangor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Kamalanathan, 44, yang juga Ketua Penerangan MIC dan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera MIC, sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen itu yang akan diadakan pada 25 April ini.

Sambil berjanji tidak akan mengecewakan BN, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Najib, Muhyiddin, dan semua ketua-ketua parti komponen BN di atas kepercayaan penuh yang diberikan mereka.

"Perjuangan BN biasanya kalau nak bersihkan sungai, dimulakan dari hulu. Kita mulakan dari Hulu Selangor ini untuk membersihkan Selangor," katanya. Kamalanathan, atau dikenali lebih mesra dengan panggilan Kamal, bukanlah muka baru dalam politik, di mana blogger aktif itu menyertai MIC sejak 25 tahun lalu.

Beliau dicalonkan bagi merebut kerusi parlimen Hulu Selangor, yang pernah dimenangi oleh Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menjadi Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, iaitu dari 1990 hingga 2008, sebelum kalah pada pilihan raya umum Mac 2008.

Kamalanathan yang mengendalikan blog http://www.pkamalanathan.com/ pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Penggalakan Minyak Sawit Malaysia (Mpoc) sebelum menyertai syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (JATI),(anak syarikat Bernas) pada 2001.

Pada tahun 2004, beliau diberi penghormatan oleh Institut Perhubungan Awam Malaysia yang memberi pengiktiradan terhadap usahanya membangunkan "Majlis Pelbagai Kaum Terbaik di Malaysia bagi tahun 2004".

Kamalanathan dilantik sebagai ketua penerangan MIC pada perhimpunan agung parti itu September lepas sebagai sebahagian daripada langkah presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mengukuhkan parti. Beliau yang berkahwin dengan S.Shobana, seorang pengurus kanan perhubungan awam sebuah hospital swasta, memulakan kariernya sebagai kerani di Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd pada 1985 sebelum menjadi pegawai perhubungan awam dengan MPOPC selama enam tahun.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus perhubungan awam bagi syarikat Carotino dan lain-lain syarikat milik kerajaan. Beliau memiliki sijil dalam bidang perhubungan awam dari London Chambers of Commerce and Industry in England dan juga diploma dalam bindang penterjemahan (Dewan Bahasa dan Pustaka), dan Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Edith Cowan University di Australia.
Kamalanathan juga merupakan Anggota Majlis Perbandaran Selayang dari 2004 hingga 2006.Baru-baru ini beliau menghasilkan sebuah dokumentari yang bertajuk 'The Truth' untuk RTM yang memaparkan kejayaan dan pencapaian komuniti India di Malaysia.

Sebelum itu : Samy Vellu terima pencalonan Kamalanathan
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau menerima dengan hati terbuka calon yang dinamakan oleh BN untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Beliau berkata keputusan untuk menamakan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon pilihan raya kecil itu diperakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti menghormatinya.
"Kamalanathan calon yang layak untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu memandangkan beliau berpendidikan tinggi dan juga fasih dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan Tamil," katanya, lapor Bernama. "Beliau turut terbabit dalam banyak aktiviti sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan selama bertahun-tahun dan ini akan memberi beliau peluang mendapatkan pendekatan untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik.
"Saya hanya boleh mencadangkan seorang calon namun keputusan muktamad terletak dalam tangan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman pencalonan Kamalanathan untuk pilihan raya kecil itu dekat Hulu Selangor hari ini.
Samy Vellu turut memberi jaminan bahawa tidak akan wujud sebarang masalah dengan cawangan MIC setempat, yang dikatakan mengugut untuk menutup operasi jika Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel tidak dicalonkan.
"Cawangan MIC akan bekerja keras memandangkan calon itu daripada MIC. Mereka (pemimpin cawangan) biasanya tidak akan sabotaj (dalam perkara berkaitan siapa yang dipilih sebagai calon). Kami dalam MIC belum lagi belajar cara-caranya," katanya. Samy Vellu berkata Najib akan bertemu Palanivel apabila beliau kembali dari Amerika Syarikat bagi menyelesaikan beberapa perkara.
"Saya percaya Najib mahu beliau (Palanivel) terus berkhidmat sehingga pilihan raya umum akan datang dan beliau boleh menjadi calon bagi kawasan pilihan raya yang baru."Palanivel akan menjadi presiden MIC kemungkinan besar dalam masa 13-14 bulan lagi. Selepas menjadi presiden, beliau akan berpeluang memilih calon untuk mewakili MIC dalam pilihan raya.
Barangkali, beliau juga boleh memilih kerusi yang dirasakannya bagus untuk ditandinginya," katanya.Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mac.Pencalonan akan diadakan di Kuala Kubu Baru pada Sabtu ini.
Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 11 April 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : PKR dicabar letak calon bukan Melayu!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu. Oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.

Justeru jika mereka tidak meletakkan calon bukan Melayu, bererti mereka tidak adil kepada kaum lain dari segi pembahagian .Pada pilihan raya umum lalu, PKR meletakkan calon Melayu di kerusi yang ditandingi parti itu iaitu Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali manakala DUN Kuala Kubu Bharu pula ditandingi DAP manakala Pas bertanding di DUN Hulu Bernam.

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos. Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Konsep pembahagian kuasa yang diamalkan BN melambangkan pemerintahan yang adil berteraskan gagasan 1Malaysia. Mengenai peluang pada pilihan raya kecil tersebut, UMNO yakin kemenangan akan berpihak kepada calon BN memandangkan rakyat semakin selesa dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Jika dilihat banyak permohonan penduduk di Parlimen Hulu Selangor diluluskan oleh Kerajaan Pusat seperti pembinaan jalan raya, bantuan membaiki rumah dan juga keperluan lain.Justeru diharapkan BN bukan sahaja menang di kerusi tersebut malah menang dengan majoriti yang agak selesa terutama peti undi di tanah rancangan Felda yang mempunyai 6,904 pengundi.

Di empat tanah rancangan Felda di Parlimen Hulu Selangor iaitu Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa, UMNO menjangkakan majoriti bakal bertambah berbanding pilihan raya umum lalu. Jika pada 2008, calon BN menang dengan majoriti 1,100 undi di empat Felda itu, kali ini di harap majoriti tersebut akan lebih baik.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan calon berketurunan India bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Beliau berkata, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai keberanian meletakkan calon daripada kaum minoriti seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

''Khalid tidak sedar bahawa langkah BN ini menepati konsep 1Malaysia. Oleh itu, saya cabar dia untuk letakkan calon kaum India jika pembangkang merasakan mereka benar-benar lebih hebat daripada BN. ''Puak PKR ini hanya pandai bercakap sahaja. Mereka sebenarnya tidak boleh buat seperti mana BN. Saya percaya dalam pilihan raya ini mereka tidak berani untuk meletakkan calon daripada kaum minoriti,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Khairy mengulas hasrat Abdul Khalid untuk menyerang gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil itu kerana didakwanya banyak kelemahan dan ditolak oleh rakyat.

Bagi Khairy, Abdul Khalid harus berpijak di bumi nyata bahawa konsep 1Malaysia semakin diterima oleh rakyat negara ini termasuk generasi muda. ''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy hairan melihat telatah kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang memberi pelbagai habuan kepada penduduk di kawasan Hulu Selangor.''Saya mendapat maklumat Abdul Khalid dan barisan pemimpin lain berkampung di kawasan Hulu Selangor dan memberi pelbagai habuan dan bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau kelulusan geran tanah.

''Bila ditanya mengenai kelulusan yang diberi ini mereka kata kebetulan hendak diberi sekarang. Inilah tuduhan yang telah dibuat kepada BN sebelum ini. Rupa-rupanya mereka yang melakukan perbuatan itu sebenarnya,'' katanya lagi.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 10 April 2010

PERKASA: Noh tidak perlu mohon maaf!

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina."Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?" katanya ketika dihubungi disini semalam.

Ditanya tindakan pihaknya selepas ini berhubung permohonan maaf Noh itu, Arman berkata pihaknya tidak merancang untuk berbuat apa-apa tindakan."Bagi saya jika berlandaskan gagasan 1Malaysia, seharusnya pihak-pihak media yang salah petik ucapan Datuk Noh Omar seharusnya memahami, di mana beliau berceritakan (tentang)sejarah silam.

"Datuk Noh meminta maaf atas dasar menghormati prinsip BN terhadap semua lapisan masyarakat, seharusnya mereka menilai dengan matang ucapan Datuk Noh," katanya.

Kelmarin, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang dilaporkan memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Katanya, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, sebaliknya mahu mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan pemimpin parti-parti komponen BN.

Warna-warni Politik
Torashah

Khamis, 8 April 2010

Kegagalan pembangkang jadi senjata BN - Noh

Barisan Nasional (BN) akan menjadikan kelemahan dan kegagalan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini sebagai senjata untuk menewaskan mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, taktik itu telah digunakan pembangkang untuk memburukkan kerajaan BN yang memerintah Selangor dahulu dan kini giliran BN pula untuk 'menyerang' mereka.

Beliau berkata, BN kini mempunyai banyak kelebihan untuk menawan hati rakyat kerana pakatan pembangkang ternyata gagal mengotakan janji yang dibuat sebelum ini. ''Mereka kini tiada isu dan kelebihan adalah kepada kita kerana banyak kelemahan dan kesalahan telah dilakukan pemimpin mereka.

''Jika ada pun isu kita sudah boleh agak tetapi kita yakin boleh menangkisnya. Jadi kita jangan defensif, kita kena banyak menjelaskan kepada rakyat untuk membuka mata mereka," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen SACC di sini hari ini.

Menurut Noh, bagi menawan semula hati rakyat, pemimpin BN tidak boleh menjadi orang kenamaan (VIP) semasa kempen di Hulu Selangor tetapi perlu mendekatkan diri dengan pengundi dan mengutamakan mereka selaras konsep 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang menjadi teras kepimpinan kerajaan sekarang.

Bagi tujuan itu kata beliau, jamuan berbentuk VIP untuk menteri dan tetamu kenamaan lain tidak akan diadakan sepanjang kempen pilihan raya kecil itu. Dalam pada itu, Noh sekali lagi mengingatkan UMNO Hulu Selangor supaya menghormati dan menerima sesiapa sahaja calon yang diumumkan kelak kerana ia adalah prinsip biasa yang diamalkan pada setiap kali pilihan raya.

''Keputusan di Hulu Selangor nanti akan menjadi penanda aras untuk kita mengetahui sokongan rakyat kepada BN," katanya sambil memberitahu jentera BN telah bersedia dan hanya menunggu masa untuk 'menggempur' Hulu Selangor. Terdahulu dalam ucapannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mempersoalkan mengapa BN tidak bertindak balas terhadap isu-isu yang berlaku sejak pakatan pembangkang memerintah Selangor dua tahun lalu.

Beliau berkata, begitu banyak isu timbul sepanjang 2009, antaranya kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri tidak memberi bantuan RM50 kepada anak-anak yang memasuki prasekolah dan pembelian kereta Toyota Camry untuk Menteri Besar dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

Tambahnya, Selangor juga panas dengan isu kenyataan Abdul Khalid bahawa beliau tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mentadbir Selangor. ''Semua berita ini disiarkan di akhbar tetapi ahli-ahli BN tidak melakukan sesuatu seperti membuat bantahan untuk menyuarakan rasa kurang senang dengan kenyataan dan perbuatan kerajaan negeri itu .

''Tetapi dalam isu kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock belum apa-apa lagi mereka sudah mengadakan perhimpunan di Petaling Jaya. Mereka buat demi kepentingan politik peribadi walaupun melanggar undang-undang," jelasnya. Sehubungan itu beliau berkata, semua ahli komponen BN perlu bersatu menghadapi cabaran dan tentangan daripada parti-parti pembangkang.

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 7 April 2010

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor .

BN kenal pasti punca ditolak di Selangor

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenalpasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.

Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, enam punca itu menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.
Beliau berkata, punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen BN itu sendiri.

"Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.

Mohd. Zin berkata, turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Beliau berkata, punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas, tegasnya ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda.

Sementara itu : Hulu Selangor pengukur BN rampas Selangor

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bakal menjadi kayu pengukur terhadap kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Selangor daripada pembangkang, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, kemenangan BN pada pilihan raya kecil tersebut bukan sahaja akan mengubah landskap BN di Selangor yang sebelum pilihan raya umum ke-12 tetapi juga mengubah senario politik negara.

Selangor pernah menjadi kubu kuat BN sebelum jatuh ke tangah pembangkang. "Pilihan raya kecil ini berisiko tinggi kerana di Hulu Selangor nanti kita akan menghadapi cabaran yang cukup kuat kerana berdepan dengan kerajaan negeri yang sudah tentu akan menggunakan pelbagai kemudahan mereka.

"Kita kena terima hakikat, kalau kita menang akan ada perubahan tapi kalau kita kalah, kita akan bimbang kerana rakyat seolah-olah memberi tamparan yang hebat kepada kita, setelah banyak perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini yang dihadiri lebih 2,000 anggota parti komponen BN.

Kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor berlaku ekoran kematian penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 4 April 2010

KHALID 'G' PANAS DENGAN KEHADIRAN NAJIB DI HULU SELANGOR!

Isu babi adalah antara perkara yang menaikkan kemarahan rakyat Selangor selain daripada isu Arak dan juga Rumah Urut. Kelulusan yang diberikan oleh Khalid Gagap dalam pengambil alihan tanah di Mukim Batu seluas 337.09 ekar untuk dibangunkan tempat penternakan babi jelas kepada kita memperlihatkan betapa mereka-mereka ini lebih pentingkan perut bangsa yang mengemari binatang haram ini daripada menjadikan tanah seluas itu tempat untuk rakyat Selangor menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sila rujuk dokumen dibawah. Tanah di Mukim Batu ini adalah hak milik orang-orang Melayu tetapi telah dirampas kerana tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.



Manakah yang lebih penting diantara ladang babi dan juga kesejahteraan hidup rakyat Selangor?? Dengan keluasan tanah yang hampir sama, apabila ladang babi mahu dibina, exco-exco yang majoritinya adalah binatang yang bertaraf pendatang begitu bersungguh-sungguh mahukan pembinaan diteruskan.

Apabila YBK yang diketahui ramai membantu anak-anak yatim piatu dan rakyat miskin dalam meningkatkan lagi taraf ekonomi keluarga masing-masing bercadang membina kampus UITM, binatang pendatang ini cuba memutar belitkan pelbagai fakta hinggakan apa yang telah dibayar dipulangkan seolah-olah nak menggambarkan YBK ini tidak mengikuti prosedur yang sepatutnya.

Agaknya ladang babi mega seluas 300 ekar tu dianggap penting oleh PAS sebab kerajaan pusat telah menganak-tirikan PAS berhubung keengganan kerajaan pusat tidak bersetuju hasil minyak dan gas Petronas diberikan/dibayar mengikut kehendak yang diminta oleh PAS. Dengan adanya ladang babi mega, PAS boleh tunjukkan kepada kerajaan pusat/Petronas bahawa mereka juga pintar mampu berdikari tahu menjana tahi babi untuk dijadikan gas. Selain tahi babi boleh menjana gas, diharap kerajaan pusat tidak akan rasa iri hati atau hendak perlekeh pula jika ada usahawan PAS mahu membuat kasut dari kulit babi.

Agaknya jugalah mengikut kajian/analisis penasihat ekonomi lahabau negeri Selangor bernama Anwar, pembinaan kampus UiTM oleh YBK itu tidak memberi pulangan hasil yg baik(menguntungkan) berbanding projek ladang babi mega. Mungkin juga bukan disebabkan kajian/analisis penasihat ekonomi RM1 bernama Anwar.

Tapi disebabkan 'kangkangan istimewa' dari Eli Wong telah membuat penasihat ekonomi lahanat itu bersama dengan MB Khalid gagap menarik balik pemberian tanah itu kepada YBK untuk membina kampus UiTM dan membangunkan kawasan-kawasan sekitarnya bagi tujuan penjanaan ekonomi yang tidak mencemar alam sekitar dengan kemungkinan bau yg teramat busuk (seperti ladang babi mega) lagi kepada penduduk sekeliling.

Sumber : http://unitmediasiber.blogspot.com

Warna-warni politik
Torashah


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor