Beberapa kakitangan Syabas giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih paip besar yang pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, sehingga menjejaskan bekalan air kepada setengah juta pengguna di Lembah Klang.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) membuka Pusat Khidmat Setempat (PKS) di empat buah lokasi strategik bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan bantuan mengenai gangguan bekalan air yang dihadapi.
PKS tersebut termasuklah di Rukun Tetangga Seksyen 2 Desa Setapak, Pasaraya Hero di Taman Dagang Ampang, Pasaraya Giant di Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Plaza Spektrum di Jalan Wawasan 4/7 Bandar Baru Ampang.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, bagaimanapun jumlah PKS tersebut akan ditambah mengikut keperluan ekoran masalah gangguan bekalan air itu dijangka berlarutan sehingga Rabu depan.
"Kerja-kerja pembaikan paip pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, dijangka selesai malam ini walaupun kami menghadapi pelbagai masalah termasuk cuaca hujan sehingga kerja-kerja baik pulih terpaksa ditangguh.
"Apabila siap dijangka bekalan air akan disalurkan secara berperingkat ke kawasan terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan perkembangan terkini berhubung gangguan air di PKS Rukun Tetangga Seksyen 2 Desa Setapak di sini, hari ini.
Kelmarin paip besar berukuran 2,000 milimeter dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, akibat hujan lebat malam.
Berikutan itu kira-kira setengah juta pengguna melibatkan 82 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai terus mengunjungi PKS Rukun Tetangga Seksyen 2, Desa Setapak di sini bagi mengemukakan aduan dan mendapatkan penjelasan berhubung gangguan tersebut.
Abdul Halem menambah, sehingga ke hari ini sebanyak 38,000 panggilan daripada orang ramai yang cuba menghubungi talian bebas tol Syabas.
"Oleh kerana itu, PKS dibuka sebagai alternatif kepada orang ramai bagi mendapatkan status terkini mengenai gangguan tersebut," katanya.-UMO
Warna-warni politik
Torashah
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Sabtu, 13 April 2013
Selasa, 9 April 2013
PRU -13 : Pimpinan Pakatan Masih Lagi Bercakaran Soal Kerusi - Hasan Ali!
PRU ke 13 sudah benar-benar berada di hujung serambi. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada hari Rabu ini. Semua parti yang bertanding menyatakan mereka telah bersiap sedia termasuk pembahagian kerusi mengikut komponen parti masing-masing.
Umum mengetahui sesuatu yang keluar daripada mulut pimpinan politik tidak seharusnya ditelan begitu sahaja. Memang sudah menjadi lumrah tidak ada parti politik dalam dunia yang menyuarakan sesuatu yang boleh menggambarkan kelemahan dipihak parti tersebut. Begitu jugalah halnya dengan parti-parti politik yang bertanding dalam PRU ke 13.
Pakatan Rakyat telah memutuskan formula pembahagian kerusi di antara tiga komponen parti. Pada dasarnya formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12. Apa yang berlaku pimpinan komponen parti dilihat seolah-olah tidak menghormati prinsip pembahagian kerusi tersebut sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk “mengecup” kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan.
Sebagai contoh Parlimen Bagan Serai yang dikatakan milik PAS tetapi Ketua Umum PKR telah terlebih dahulu mengisytiharkan tanpa merujuk kepada PAS bahawa kawasan Parlimen tersebut akan ditandingi oleh PKR yang akan meletakkan Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuti. Begitu juga Parlimen Labuan, Setiawangsa dan Bera yang diperuntukkan kepada PAS telah disambar bila Timbalan Presidennya Azmin Ali membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada PAS.
Pemerhati politik dapat menghidu suasana tegang dalam mesyuarat-mesyuarat antara pimpinan parti termasuk diperingkat Majlis Presiden dalam hal yang berkaitan dengan penentuan kawasan-kawasan pilihanraya untuk ditandingi oleh calon-calon Pakatan. Dikatakan mesyuarat yang sepatutnya dipanggil untuk memuktamadkan kerusi-kerusi yang dipertandingkan mengikut parti komponen sehinga ini masih tidak dapat mencapai kata putus dan mesyuarat-mesyuarat tersebut berlalu tanpa keputusan.
Pertindihan yang jelas berlaku adalah di antara PKR dan DAP dan kelihatan juga perkara tersebut wujud di antara PAS dan PKR. Dikhabarkan baru-baru ini pimpinan tertinggi parti komponen sengaja memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat penentuan kerusi sebagai tanda protes terhadap sifat angkuh, tamak dan mengenepikan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi PKR khasnya. Ini berlaku akibat keinginan mereka untuk menjadi parti yang dominan yang akhirnya membuka peluang kepada pimpinan tertinggi mereka menjadi Perdana Menteri.
Apa yang berlaku sebenarnya menggambarkan kocakan-kocakan kecil kerana dibelakang tabir banyak lagi isu-isu yang masih belum dibereskan samada menjelang PRU ataupun setelah keputusan muktamad pilihanraya diperolehi. Calon Perdana Menteri umpamanya sehingga kini belum dapat diputuskan. PKR dan DAP menamakan Anwar Ibrahim tetapi PAS melalui Majlis Syuranya mempunyai pandangan yang berbeza.
Perihal betapa seriusnya pertelagahan merebut kerusi untuk parti masing-masing, tersebar berita yang mengatakan bahawa ada pimpinan tertinggi dari komponen parti yang telah bertindak untuk mengugut bahawa mereka bersedia untuk melihat kerusi-kerusi yang berlaku pertindihan calon tersebut dipertandingkan secara tiga penjuru.
Kesimpulan yang boleh dibuat dalam hal ini ialah Pakatan Rakyat akan terus dilanda masalah demi masalah. Suasana dalaman mereka ibarat retak menanti belah. Masalah pembahagian kerusi adalah masalah pra kemenangan. Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, bayangkan betapa getirnya perbalahan di antara pimpinan Pakatan untuk membentuk kerajaan sekaligus menamakan anggota kabinet dan melantik Perdana Menteri.
Rakyat harus dapat memahami realiti yang wujud di dalam Pakatan Rakyat dan bertolak dari situ rakyat sebagai pengundi seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan dan bisikan hati kecil untuk tidak memperjudikan Malaysia dengan karenah pimpinan tertinggi komponen parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh mengakibatkan negara berada dikancah huru hara, bencana dan malapetaka.
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
8 APRIL 2013
Warna-warni politik
Torashah
Isnin, 8 April 2013
Manifesto untuk mandat lebih besar!
Mulai pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.
Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.
Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.
Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.
Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.
Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.
Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat rakyat Malaysia yang dikasihi".
Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.
Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya.
Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat," kata Najib.
Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.
Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.
Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.
Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa," kata beliau.
Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.
Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.
Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.
Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.
Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.
Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.
Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.
Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap."
Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.
Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.
Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.
Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.
Dalam manifesto BN, Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.
Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.
Kenapa mandat besar diperlukan?
Najib menulis dalam manifesto BN: Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.
Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!"
Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.
Warna-warni politik
Torashah
Sabtu, 6 April 2013
Manifesto BN Hadapi PRU 13 Teruskan Tradisi Membela Rakyat!
Manifesto yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini di stadium Bukit Jalil diyakini akan terus mendekati dan menyentuh akar umbi rakyat melalui program-program bantuan yang mendahulukan rakyat, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk M. Zain.
Menurut beliau lagi, manifesto yang bakal diumumkan pastinya satu manifesto yang berpaksikan pada realiti serta mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan kelak.
“Saya yakin, manifesto yang bakal diumumkan oleh PM esok merupakan satu manifesto yang bakal meneruskan tradisi BN dalam usaha untuk membela rakyat dan membangunkan negara. Ianya pasti satu manifesto yang mampu ditunaikan sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Dan sudah tentu, ianya bukan satu manifesto angan-angan yang menjanjikan bulan dan bintang seperti manifesto Pakatan Pembangkang. Saya yakin manifesto BN akan bertambah baik dari apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini dan lebih praktikal untuk dilaksanakan,” tegasnya.
Tambahnya lagi, dengan track record yang ada pada kerajaan BN sepanjang tempoh lebih 55 tahun memerintah, beliau berkeyakinan manifesto BN kali ini akan tampil dengan lebih banyak pembaharuan dari sudut perlaksanaan dasar dan program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini.
“Justeru itu, saya menyeru rakyat agar terus memberikan kepercayaan dan memberikan mandat sepenuhnya kepada kerajaan BN untuk terus mentadbir negara, agar segala usaha bagi melaksanakan dasar serta tranformasi kerajaan untuk rakyat dan negara terus dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Jika kita lihat hari ini, kerajaan BN tak pernah berjanji untuk memberikan bantuan BR1M pada rakyat, tetapi kerajaan bagi juga kerana mahu membantu meringankan beban rakyat.
“Apatah lagi sekiranya BN memasukkan program-program bantuan rakyat seumpama itu di dalam manifesto yang bakal diumumkan kelak, sudah pasti kerajaan BN akan laksanakan segalanya kerana kerajaan BN hari ini sudah terbukti sebuah kerajaan yang menepati segala janji-janji mereka kepada rakyat,” jelasnya.
Warna-warni politik
Torashah
Rabu, 3 April 2013
4 Tahun Yang Gemilang!
.jpg)
Hari ini genaplah 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.
Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat. Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.
Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah. Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik. Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.
Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan. Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.
Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa. Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.
Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.
Hari ini, setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.
Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir. Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.
Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang. Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.
Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir. Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.
Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine, maka kini Dato’ Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi ‘tugas keamanan’ itu. Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.
Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.
Oleh itu, menjelang Pilihanraya-13 ini, rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan. Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.
Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi, maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak, kukuh, kuat, ikhlas dan prihatin amatlah penting. Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita. Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.
Justeru, berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini, kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia, melainkan Dato’ Seri Najib. Apa yang penting ialah, kapal kita, iaitu BN yang telah sedia kukuh, perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.
Warna-warni politik
Torashah
Selasa, 2 April 2013
GE13: Mohd Zin: Pakatan not a united pact.?

Talk of PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail contesting in Selangor and becoming its next Mentri Besar is a sign of uncertainty within the Opposition, said Selangor Barisan Nasional coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
“They (Pakatan) seem uncertain even as the polls loom. It is an indication that they are not as united as they want the people to believe,” he said.
He added that the Opposition was flip-flopping as to who would helm the state if they won.
“Initially, there was talk of PKR deputy president Azmin Ali replacing Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim as the Mentri Besar.
“Now it is Khalid who is saying that Dr Wan Azizah is eligible to take over his position,” he said.
He cited the indecisiveness with regard to seat allocation in Kedah, Johor and Perak as examples of the deep structural problems within Pakatan, which has led to a rift between PKR, DAP and PAS.
“See what has happened to PKR's former Johor chief Datuk Chua Jui Meng. He has gone missing after being left out of the list in favour of Lim Kit Siang contesting Gelang Patah,” he said.
Even Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, he added, had indicated the possibility of leaving the Permatang Pauh parliamentary seat for one in Selangor or Perak.
“They (Opposition) promised a united pact. However, PKR, DAP and PAS are now speaking for themselves and not as Pakatan,” he added.
On Thursday, Dr Wan Azizah, who is unable to contest for a Parliamentary seat after vacating her Permatang Pauh parliamentary seat on July 31, 2008, for husband Anwar to contest, said she was eligible to contest a state seat.
On a separate matter, Mohd Zin, who is making the final rounds inspecting 22 parliamentary and 894 polling district centres in Selangor, described the mood of the Barisan election machinery here as upbeat and positive compared to 2008.
“We have been working very hard and the feedback we have been receiving is positive,” he added.
Warna-warni Politik
Torashah
Isnin, 11 Mac 2013
Anwar tertekan...!!! Dr. Yusuf Al-Qaradawi hargai lawatan Najib ke Gaza!

Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menegaskan, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza Januari lalu menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang sekian lama mengimpikan kemerdekaan di bumi mereka.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Institut Antarabangsa Al-Quds (QII) berkata, lawatan Perdana Menteri itu juga memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa serta pemimpin negara-negara Islam terhadap pentingnya tindakan berani diambil dalam menamatkan sekatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.
Menurutnya, sekatan itu bukan hanya di Gaza malah di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
"Rakyat Palestin kini semakin menderita dengan tindakan kejam rejim Zionis yang cuba menukar identiti Arab dan Islam mereka kepada identiti Yahudi menerusi 'penjajahan' Israel itu. Sememangnya lawatan anda (Najib) telah menyuburkan harapan jutaan rakyat Palestin yang mencari kebebasan berdekad-dekad lamanya.
"Bagi mereka, Malaysia dianggap sebagai negara Islam utama yang sentiasa memberi perhatian berat terutama dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Oleh itu, lawatan khas ini memperlihatkan penegasan sokongan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat penghargaan kepada Najib bertarikh 15 Februari lalu atas lawatan Perdana Menteri ke Gaza, Januari lalu.
Pada 22 Januari lalu, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia menjejak kaki ke Palestin selain pemimpin Islam pertama dari bukan kalangan negara Arab berbuat demikian.
Lawatan itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza dan dibuat atas faktor kemanusiaan selain merupakan simbol sokongan kuat Malaysia demi rakyat Palestin.
Al-Qaradawi berkata, Malaysia khususnya kerajaan dan rakyat negara itu menjadi faktor penting dalam menyokong perjuangan Baitulmuqaddis.
Jelasnya, perkara itu memandangkan Baitulmuqaddis adalah cukup dekat di hati setiap orang Islam.
Beliau kemudiannya mengakhiri kata-kata dalam surat itu dengan doa berikut: "Semoga Malaysia dan rakyatnya sentiasa makmur dan maju. Semoga Malaysia sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah. Dan, semoga Malaysia sentiasa menjadi tempat yang terbaik untuk orang Islam dan ketamadunan."
Terdahulu, dalam pembuka kata surat itu, Al-Qaradawi turut berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Najib dalam melaksanakan tanggungjawab mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.
Warna-warni Politik
Torashah
Langgan:
Catatan (Atom)
Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor
.jpg)
.jpg)
