Sabtu, 13 April 2013

Syabas lipat ganda usaha!

Beberapa kakitangan Syabas giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih paip besar yang pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, sehingga menjejaskan bekalan air kepada setengah juta pengguna di Lembah Klang.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) membuka Pusat Khidmat Setempat (PKS) di empat buah lokasi strategik bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan bantuan mengenai gangguan bekalan air yang dihadapi.

PKS tersebut termasuklah di Rukun Tetangga Seksyen 2 Desa Setapak, Pasaraya Hero di Taman Dagang Ampang, Pasaraya Giant di Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Plaza Spektrum di Jalan Wawasan 4/7 Bandar Baru Ampang.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, bagaimanapun jumlah PKS tersebut akan ditambah mengikut keperluan ekoran masalah gangguan bekalan air itu dijangka berlarutan sehingga Rabu depan.

"Kerja-kerja pembaikan paip pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, dijangka selesai malam ini walaupun kami menghadapi pelbagai masalah termasuk cuaca hujan sehingga kerja-kerja baik pulih terpaksa ditangguh.

"Apabila siap dijangka bekalan air akan disalurkan secara berperingkat ke kawasan terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan perkembangan terkini berhubung gangguan air di PKS Rukun Tetangga Seksyen 2 Desa Setapak di sini, hari ini.

Kelmarin paip besar berukuran 2,000 milimeter dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, akibat hujan lebat malam.

Berikutan itu kira-kira setengah juta pengguna melibatkan 82 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai terus mengunjungi PKS Rukun Tetangga Seksyen 2, Desa Setapak di sini bagi mengemukakan aduan dan mendapatkan penjelasan berhubung gangguan tersebut.

Abdul Halem menambah, sehingga ke hari ini sebanyak 38,000 panggilan daripada orang ramai yang cuba menghubungi talian bebas tol Syabas.

"Oleh kerana itu, PKS dibuka sebagai alternatif kepada orang ramai bagi mendapatkan status terkini mengenai gangguan tersebut," katanya.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor