Selasa, 12 Julai 2011

Peniaga terharu terima lawatan Perdana Menteri!

Beberapa peniaga di sekitar Jalan Masjid India di sini berasa terharu dan lega dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan perniagaan itu hari ini.

Bagi mereka, tinjauan mesra Najib membuktikan keprihatinan beliau terhadap golongan itu terutama para peniaga kecil yang terpaksa menutup operasi selama sehari ekoran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara semalam.

Pemborong tudung, Hinchon Abdullah, 45, berkata, kehadiran Perdana Menteri di premis perniagaannya walaupun hanya beberapa minit memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perniagaan.

"Biasanya pada hari Sabtu saya boleh menjual sehingga RM30,000 kerana para peniaga tudung di sekitar Lembah Klang mengambil stok masing-masing pada hari berkenaan.

"Jadi sewaktu Perdana Menteri lalu di hadapan kedai saya tadi, saya mengambil kesempatan untuk mengadu kepada beliau. Datuk Najib kata 'nanti saya marah Bersih," katanya.

Penjual beg, Asrul Zulkifli, 26, berkata, kesempatan bertemu Najib yang singgah di kedainya di Bazar Moden Jalan Melayu Masjid India membuktikan beliau amat mengambil berat masalah rakyat termasuk peniaga.

"Akibat penutupan kedai saya semalam, saya rugi kira-kira RM2,000 kerana ramai pembeli berkunjung ke sini pada malam minggu ekoran pasar malam berdekatan.

"Selain memberi semangat akibat kerugian itu, Perdana Menteri turut berjanji untuk menambah baik kawasan perniagaan ini kerana ini sahajalah bazar Melayu moden yang tinggal di sini," katanya.

Pengurus Madras Jewellers Sdn. Bhd., M. Vasudevan, 34, memberitahu, syarikat itu mengalami kerugian kira-kira RM100,000 akibat premis terpaksa ditutup selama satu hari semalam.

"Perdana Menteri mengambil inisiatif untuk bertanyakan khabar saya serta para pekerja lain yang terkesan akibat penutupan kedai emas ini semalam.

"Saya berasa gembira serta terharu dan saya turut bertanyakan khabar Datuk Seri Najib dalam pertemuan itu," ujarnya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor