Selasa, 11 Januari 2011

DAP perguna Anwar, tapi tak boleh buat apa-apa dah!


















DAP didakwa mempergunakan situasi yang sedang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk kepentingan parti itu. Selagi kes liwat beliau di mahkamah tidak selesai, Anwar terpaksa akur dengan keputusan DAP dalam pelbagai perkara termasuk pengagiha...n kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jika perkara yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong baru-baru ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mendesak supaya Anwar disiasat berhubung dakwaan kes liwat adalah benar, maka tidak mustahil parti itu mahu Anwar terus kekal dalam situasi tersebut.

Situasi yang dihadapi Anwar cuma dipergunakan oleh DAP. Secara tidak langsung situasi ini akan membuatkan Anwar terpaksa akur dengan sebarang keputusan DAP dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti! Pendedahan Choo Keong sebelum ini, Karpal akhirnya mengaku bahawa beliau pernah mendesak Anwar disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.

Perkara itu, menurut Choo Keong, diakui Karpal menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu apabila menjelaskan desakan yang dibuat pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

Anwar sebenarnya bernasib malang kerana tidak sedar bahawa dirinya dipermainkan oleh DAP memandangkan kesnya masih berjalan sedangkan pilihan raya umum akan menjelang tidak lama lagi. Pada ketika itu Anwar tidak akan dapat berbuat apa-apa sebaliknya menerima sahaja apa yang diputuskan oleh DAP!

DAP amat memerlukan pengaruh politik yang ada pada Anwar Ibrahim bagi menarik lebih ramai orang Melayu menyokong perjuangan pakatan pembangkang. Hanya dengan cara itu DAP boleh mendapatkan sokongan orang Melayu sekali gus memenuhi impian parti itu untuk melihat masyarakat Melayu di negara ini terus berpecah.

Justeru itu tidak hairan Pengerusi DAP, Karpal Singh sanggup membela Anwar walaupun tahu mengenai perbuatan liwat melibatkan Penasihat PKR itu ketika melakukan pendedahan mengenai kes itu di Dewan Rakyat pada 1997. Ini semua disebabkan politik. Anwar ini umpama anak kunci kepada kekuatan pembangkang. DAP bukan perlukan PKR sangat tetapi mereka lebih memerlukan Anwar kerana beliau ada pengaruh untuk tarik sokongan orang Melayu.

Matlamat DAP semata-mata untuk melihat orang Melayu berpecah dan mereka perlu seorang individu untuk melaksanakan misi tersebut dan orang itu adalah Anwar? Dalam konteks politik semasa, mahu tidak mahu orang Melayu harus sedar terhadap permainan DAP itu.

Apa sahaja tindakan yang boleh memberi faedah secara langsung kepada perjuangan DAP termasuk menggunakan pengaruh Anwar, mereka akan dilakukan secara bersungguh-sungguh dan hasilnya kita sudah nampak sekarang. Wallahuallam.

Warna-warni politik
Torashah..

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor